Page 78 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 78
Kegiatan Pelancongan
Kawasan Iklim Khatulistiwa
• Cuaca yang panas dan lembap serta pancaran matahari
sepanjang tahun menarik minat pelancong antarabangsa
berkunjung ke Malaysia.
• Antara tarikan pelancong ke Malaysia ialah kawasan tanah tinggi
yang bersuhu sederhana dan udara yang nyaman
ghlands,
seperti Genting Highlands, Bukit Fraser serta Cameron Hi
seperti Genting Highlands, Bukit Fraser serta Cameron Highlands,
seperti Genting Highlands, Bukit Fraser serta Cameron Highlands, Gunung Kinabalu
Pahang dan Gunung Kinabalu, Sabah.
• Pantai dan pulau juga menarik perhatian pelancong
seperti Pantai Damai, Sarawak, Port Dickson, Negeri Sembilan,
Pulau Tioman, Pahang dan Pulau Langkawi, Kedah.
• Dasar laut yang terdapat batu karang pula menarik perhatian
pelancong untuk melakukan aktiviti menyelam skuba
seperti di Pulau Sipadan, Sabah dan Pulau Redang, Terengganu.
Menyelam skuba
Kawasan Iklim Sejuk Sederhana Pantai Barat
• Kawasan pergunungan Banjaran Alps, Switzerland di pedalaman
Eropah Barat bersuhu rendah dan bersalji.
• Antara lokasi tarikan pelancong utama ialah Gunung Matterhorn,
Puncak Eiger Monch dan Jungfrau menjadi ‘Mahkota Pelancongan’
Pemandangan glasier Puncak Eiger Monch dan Jungfrau menjadi ‘Mahkota Pelancongan’
bagi Switzerland.
• Sukan luncur ais dan terjun bebas dari tebing tinggi menggunakan
payung terjun menjadi tarikan pelancong pada musim sejuk.
• Pada musim panas, pelancong mengunjungi kawasan pergunungan
di Banjaran Alps untuk menikmati pemandangan glasier.
Meluncur ais
70 70 70

