Page 93 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 93
BAB 5 : T umbuh-tumbuhan S emula Jadi dan Hidupan Liar
BAB 5 : Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
5.2 Hidupan Liar di Zon Iklim Panas dan Zon Iklim Sejuk
Perbezaan zon iklim mempengaruhi perbezaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan mempengaruhi jenis hidupan
liar yang hidup di kawasan tersebut.
Ciri-ciri Hidupan Liar di Zon Iklim Panas
Di zon iklim panas terdapat beberapa jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan
gurun, Hutan Hujan Tropika, Hutan Monsun Tropika dan Padang Rumput Savana. Kawasan hutan ini
menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar.
Hidupan Liar di Gurun Panas
• Contoh haiwan ialah unta, tikus jerboa, musang fennec, ular pasir, biawak pasir,
addax antelope, rusa gazelle.
• Terdiri daripada haiwan nokturnal (aktif waktu malam).
• Haiwan menjimatkan tenaga dan air dalam badan dengan berteduh di bawah pokok
dan bersembunyi di dalam lubang.
• Unta mempunyai bonggol untuk menyimpan tenaga dan bulu mata yang panjang untuk
menghalang pasir masuk ke dalam mata.
• Rusa gazelle mempunyai kaki yang panjang untuk berlari jauh.
• Addax entelope mempunyai tapak kaki yang lebar untuk berjalan di atas pasir.
Addax antelop
Unta
Tikus jerboa
Biawak pasir
Musang fennec Ular pasir
Rajah 5.2: Hidupan liar di gurun panas 85
85

