Page 56 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 56
Karya ini mengisahkan tentang kepelbagaian
rasa terharu bagi setiap orang. Bagi penulis, rasa
terharu juga boleh hadir daripada perkara-
perkara kecil. Contohnya, sebelum penulis
berpindah ke sekolah baharu, rakan-rakan beliau
mengadakan majlis selamat tinggal walaupun
mereka baru berkawan selama 5 bulan. Sejak
itu, mereka masih kekal berhubung walaupun
berada di sekolah yang berlainan. Contoh kedua
adalah apabila berada di Tingkatan 2, beliau dan
beberapa rakan beliau mempunyai salah faham
dan tidak bertegur selama behari-hari. Namun,
akhirnya, mereka berkawan semula. Contoh
terakhir adalah apabila ibu bapa penulis bercerai.
Penulis tinggal bersama ibunya, membuatkan
hubungannya dengan bapanya menjadi kurang
baik. Namun, suatu hari, semasa penulis
menyertai sebuah kem, beliau dikehendaki
menelefon ayahnya untuk menyatakan bahawa
beliau sayangkan ayahnya. Ayahnya berkata
bahawa walau apa pun yang terjadi, ayahnya
akan sentiasa menjadi ayah dan tiada apa yang
akan berubah. Perkara ini menyebabkan penulis
berasa terharu dan menangis. Hubungan mereka
kembali baik.

