Page 61 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 61
Karya ini menceritakan cara-cara untuk
mempunyai tabiat yang baik dalam
kalangan remaja. Terdapat pelbagai cara
untuk remaja mengamalkan tabiat yang
baik dalam kehidupan harian supaya tidak
terlibat dengan gejala sosial yang berleluasa
pada zaman sekarang. Remaja haruslah
mula menjaga tutur kata supaya lebih
sopan kerana tutur kata mencerminkan
adab seseorang. Pihak-pihak lain seperti
guru-guru juga haruslah sentiasa
memberikan aura positif kepada remaja-
remaja supaya masa mereka di sekolah
dihabiskan dengan bermanfaat. Ibu bapa
juga haruslah menjadi suri teladan dalam
isu ini supaya remaja-remaja mempunyai
tingkah laku yang baik. Remaja-remaja
haruslah sentiasa mempunyai tabiat yang
baik kerana mereka merupakan masa depan
negara.

