Page 59 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 59
Karya ini menceritakan kenangan berharga
penulis dengan ibu saudaranya. Sejak kecil
lagi, penulis dijaga oleh ibu saudaranya
memandangkan ibu bapanya sibuk bekerja.
Semasa kecil, penulis menyangka bahawa
ibu saudara beliau merupakan ibu kandung
kerana ibu saudaranya sentiasa berada
bersamanya. Apabila penulis berusia 9
tahun, beliau kembali dijaga oleh ibu bapa
beliau dan perlu berpisah dengan ibu
saudara. Sejak itu, beliau hanya berjumpa
dengan ibu saudaranya semasa perjumpaan
keluarga. Semasa penulis dijaga oleh ibu
saudara, beliau sering melihat ibu saudara
beliau minum kopi. Kini, setiap kali penulis
minum kopi, beliau akan teringat tentang
ibu saudara beliau yang kini sudah tua.
Penulis sering kali berasa rindu akan ibu
saudara beliau, dan berharap bahawa
masalah pandemik ini akan berakhir dengan
cepat supaya mereka dapat berjumpa.

