Page 3 - E-FOLIO GROUP 8 DDT1A
P. 3

PENDAHULUAN












             • Peradaban Globalisasi dan Peradaban majmuk yang  sedang  melanda   dunia  hari  ini,   umpama  ombak Tsunami. Ia   akandatang tanpa dapat
                 dihalang. Hanya persediaan dan kemampuan kita menghadapinya lah yang menjadi isu besar dan merupakan   satu   keperluan.  Banyak aspek
                 kehidupan   sedang dilanda gelombang  globalisasi  ini. Aspek  ekonomi,  politik,  sosial,  kekeluargaan   mahupun sekecil-kecil isu juga sedang
                 menerima pengaruh globalisasi.

             •    Gelombang globalisasi kontemporari dan kemajmukan adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan
                 luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan
                 moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena
                 globalisasi dan kemajmukan ini dengan lebih teliti lagi. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini.
                 Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada
                 kita, terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual
                 atau keilmuan.
   1   2   3   4   5   6   7   8