Page 4 - E-FOLIO GROUP 8 DDT1A
P. 4
MAKSUD GLOBALISASI
• Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan
dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan
ruang udara dan langit. Sesebuah negara itu mempunyai peluang yang luas untuk menerima pelbagai maklumat yang
disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber.
Perkembangan ini memudahkan manusia terutamanya dalam perhubungan iaitu di antara sesebuah negara dengan
negara yang lain ataupun perhubungan sesama manusia. Melalui perkembangan ini, sesuatu perhubungan itu dapat
dilakukan dalam tempoh yang singkat dan cepat.
• Menurut Kamus Dewan, globalisasi dapat didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat
mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek
kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna
segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
• Dalam era globalisasi ini, ruang dunia semakin mengecil dari sehari ke sehari. Jika duhulu dunia ini seluas saujana mata
memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini, kita telah
dapat merasakan apakah sebenarnya maksud globalisasi itu sendiri. Selain itu, ledakan teknologi maklumat yang kian
pesat merupakan medium utama kepada perkembangan dan kepesatan globalisasi. Dunia bukan sahaja tidak
bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi itu sendiri telah menjangkaui sempadan ekonomi, teknologi, bahasa,
budaya, ideologi, politik dan keseluruhan aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

