Page 8 - E-FOLIO GROUP 8 DDT1A
P. 8
KESAN GLOBALISASI MAKANAN
• Seperti mana yang kita lihat sekarang ini, makanan Jepun,korea dan arab sudah ada di mana-
mana tempat.Restoran serta francais yang mengedarkan makanan popular juga tumbuh bak
cendawan selepas hujan. Makanan dari Negara Amerika pula semakin popular di Jepun serta
serata negara lain. Mc Donald misalnya, mempunyai lebih 10,000 buah restoran di 50 buah
negara di dunia manakala Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,000 restoran
di 58 buah negara. Fenomena yang berlaku ini merupakan salah satu daripada globalisasi
yang melanda bidang pemakanan. Malaysia juga tidak terkecuali sebagai salah sebuah
negara penyumbang kepada kemajuan francais makanan tersebut. Dengan kewujudan
restoran serta francais makanan tersebut, rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan yang
enak serta tempat yang selesa yang disediakan pihak restoran walaupun harganya sedikit
mahal berbanding restoran biasa.

