Page 160 - Geografi Tingkatan 1
P. 160

Foto 13.3 Pungutan sisa domestik
                                                  3  Peningkatan Kos Penyelenggaraan
                                                      di kawasan perumahan
                                                     •  Peningkatan jumlah sisa domestik akan
                                                       meningkatkan kos penyelenggaraan yang
                                                       diuruskan oleh pihak kerajaan khususnya
                                                       pihak berkuasa tempatan (PBT).
                                                     •  Kos penyelenggaraan yang perlu dibiayai oleh
                                                       PBT melibatkan kos penyelenggaraan tapak
                                                       pelupusan, baik pulih kemusnahan, perawatan
                                                       air tercemar dan gaji pekerja pembersihan.

                 Lori mengangkut sisa domestik



                                                  4  Banjir Kilat

                                                     •  Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang
                                                       membuang sisa domestik ke dalam longkang,
                                                       parit dan sungai akan menyebabkan aliran
                                                       air tersekat.
                                                     •  Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat
                                                       secara mendadak sehingga menyebabkan
                                                       banjir kilat berlaku.




                 Banjir kilat


                           Info
                           Info
                           GEOGRAFI

                   Kamikatsu di wilayah Tokushima, Jepun merupakan sebuah bandar yang unik apabila
                   penduduknya mengamalkan kitar semula sampah. Bandar tersebut tidak mempunyai lori
                   pengangkut sampah menyebabkan penduduknya perlu mengasingkan dan menukarkan sisa
                   makanan menjadi baja kompos. Layari laman web berikut:

                   Sumber: htt p://eravisi.com/geo/tg1/ms035













                            Pertambahan jumlah penduduk dan kawasan kediaman akan meningkatkan jumlah sisa
                  domestik. Jelaskan kemungkinan kesan-kesan lain yang akan berlaku sekiranya pengurusan sisa
                  domestik tersebut tidak diselenggara dengan baik.
                                                                                                14
                                                                                                1499
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165