Page 162 - Geografi Tingkatan 1
P. 162
3 Penguatkuasaan Undang-undang
• Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang
berkaitan sisa domestik dengan mengenakan denda dan hukuman yang
lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.
• Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673) dibuat
untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan sistematik.
Info
Info
4 Pendidikan GEOGRAFI
• Program pendidikan tentang penjagaan alam Amalan 5R juga boleh diterapkan
sekitar telah diterapkan kepada generasi dalam amalan gaya hidup
muda terutama dari peringkat awal. lestari. Amalan 5R merujuk
• Mata pelajaran geografi dan sains dapat kepada Rethink (fikir semula),
memupuk kesedaran dalam kalangan murid. Reduce (kurangkan), Repair
• Pelbagai aktiviti seperti kitar semula boleh (perbaiki), Reuse (guna semula)
dan Recycle (kitar semula).
dilaksanakan sebagai aktiviti tambahan
di sekolah. Sumber : Utusan Online, 17 Jun 1998
5 Kempen
• Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan, badan bukan
kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang perseorangan.
• Kempen-kempen dijalankan secara menyeluruh melalui pelbagai
media sosial.
• Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai kempen seperti Kempen
Kesedaran Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen Cintai Sungai Kita.
Aktiviti
Projek Kitar Semula
Bahan: Tin, kertas, kotak, botol
Kaedah:
1. Hasilkan satu produk kitar semula yang mempunyai nilai tambah dalam kehidupan seharian anda.
2. Anda boleh memilih mana-mana bahan sama ada tin, kertas, kotak dan botol atau
menggabungkan bahan-bahan tersebut.
3. Bentangkan hasil produk anda dengan menyatakan bahan yang digunakan dan manfaatnya.
4. Hasilkan produk yang dapat dipasarkan melalui koperasi atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
151

