Page 161 - Geografi Tingkatan 1
P. 161

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN
                    13.4
                                     KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK




               Terdapat beberapa langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik.
               Antaranya ialah:

                 1  Amalan 3R

                    •  Penerapan amalan 3R, iaitu kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse)
                       dan kitar semula (Recycle) dapat mengurangkan kesan pembuangan
                       sisa domestik. Masyarakat seharusnya dididik untuk memahami konsep
                       amalan berkenaan.

                                       Kurangkan:      Mengurangkan apa-apa yang boleh
                                                       menyebabkan sampah seperti penggunaan
                                                       beg plastik dan bekas polistirena.


                  Amalan               Guna semula: Menggunakan semula bekas minuman, surat
                     3R                                khabar, majalah atau mendermakan buku-
                                                       buku dan pakaian.


                                       Kitar semula:  Menghasilkan barangan baharu daripada
                                                       barangan terbuang seperti penghasilan kraf
                                                       tangan dan baja kompos



                                                  2  Penggunaan Teknologi Terkini
                                                     •  Loji Waste to Energy (WtE)
                                                         -  Merupakan teknologi terkini yang mampu
                                                           mengurangkan sisa yang perlu dihantar
                                                           ke tapak pelupusan sehingga 85%.
                                                         -  Teknologi WtE juga mampu
                                                           mengurangkan pencemaran bau
                                                           berbanding tapak pelupusan sedia ada.

                                                     •  Penciptaan pinggan daripada ubi kayu
                                                        dapat menggantikan pinggan polistirena
                                                        dan mengurangkan kesan pembuangan
                                                        sisa domestik.
                Loji WtE di Pulau Langkawi, Kedah

                                                                  htt p://eravisi.com/geo/tg1/ms039



                  1500
                  15
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166