Page 15 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 DAN KE-42
P. 15

1.1.5   Pengetua memaklumkan bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir bagi beliau berada
                                dalam mesyuarat agung PIBG memandangkan beliau yang akan bersara mulai 02 Mei 2019.
                                Beliau menyarankan lantikan AJK PIBG pada hari itu adalah terdiri dalam kalangan ibu dan
                                bapa yang boleh memberi komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan program-program
                                PIBG.
                        1.1.6   Pengetua seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG ke-40.

                  1.2  Perutusan YDP PIBG SMK Perempuan Methodist Klang
                        1.2.1   Dr. Komathi a/p Balusamy Radia  merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu
                               yang hadir.
                        1.2.2   Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada barisan pendidik dan ibu bapa yang
                               berusaha setelusnya dalam melaksanakan pelbagai program PIBG sepanjang tahun 2018.
                               Antaranya ialah program Karnival Stem dan MGS Family Day yang berjaya menambah dana
                               untuk membina MGS Sports Complex.
                        1.2.3   Seterusnya, beliau juga berharap ibu bapa sentiasa bersedia meluangkan masa dan tenaga
                               bagi menjayakan semua program yang dirancang demi manfaat bersama.
                        1.2.4   Sekali lagi beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mendidik anak-anak di
                               SMK  Perempuan  Methodist.  Beliau  juga  menyeru  ibu  bapa  supaya  peka  terhadap
                               perkembangan anak-anak dan program yang dijalankan di sekolah. Pihak PIBG juga berikrar
                               akan  membantu  dan  bekerjasama  dengan  pihak  sekolah  bagi  melahirkan  insan  yang
                               cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

             2.0   PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39
                  2.1  YDP PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-39. Beliau meminta para hadirin merujuk
                        Buku Edaran Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40, muka surat 12 hingga 25
                  2.2  Pengesahan Minit Mesyuarat:
                        Dicadangkan  oleh  encik  Balasubramaniam  a/l  Padimanam  dan  disokong  oleh  Encik  Dorairaj  a/l
                        Subramaniam.

             3.0   PERKARA BERBANGKIT
                  Tiada.

             4.0   PERKARA- PERKARA BAHARU
                  4.1    Laporan Setiausaha PIBG
                        4.1.1    Puan  Maszelina  binti  Rasip    membentangkan  laporan  tahunan  PIBG  sesi  2018.  Beliau
                                 meminta para hadirin merujuk Buku Edaran Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40, halaman
                                 27 hingga 29.
                        4.1.2    Antara aktiviti yang telah dijalankan dan dibiayai oleh PIBG sepanjang tahun 2018 ialah
                                 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39, MGS Klang Stem Carnival & Family Day 2018, Majlis
                                 Anugerah Kecemerlangan  (Pencapaian 2017), Hari Guru Peringkat Sekolah, Ambang PT3
                                 dan Ambang SPM serta sumbangan dana PIBG bagi aktiviti-aktiviti yang tercatat pada para
                                 7 di muka surat 29.
                        4.1.3    Pengesahan laporan dicadangkan oleh Cik Nabihah binti Badar dan disokong oleh Puan
                                 Aziah binti Abu Ziden.






                                                                                                           15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20