Page 20 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 DAN KE-42
P. 20
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-41 {2020 }
Pelbagai aktiviti dirancang oleh PIBG sepanjang tahun 2019. Aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan
dengan lancar dan sempurna. PIBG juga telah menyumbangkan dana dalam bidang kurikulum , Hal Ehwal Murid
dan Kokurikulum demi pembangunan modal insan berminda kelas pertama
1. Mesyuarat Agung PIBG
Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2019 dijalankan pada 23 Februari 2019 pada jam 10.00 pagi di Dewan Eklund. Acara
tahunan ini bertujuan untuk melaporkan aktiviti PIBG sepanjang tahun selain merapatkan hubungan antara pihak
sekolah dan ibu bapa. Sokongan yang komited antara kedua-dua pihak telah banyak membantu dalam menjayakan
program-program untuk peningkatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. AJK PIBG yang dilantik ada tahun ini
telah menjalankan tugas yang diamanahkan.
2. Majlis Perasmian dan Kesyukuran MGS SPORTS COMPLEX
Majlis Perasmian dan Kesyukuran MGS Sports Complex telah diadakan serentak dengan mesyuarat Agung PIBG kali
ke-40 pada 23 Februari 2019. Dalam majlis tersebut telah berlangsung acara memotong reben sebagai simbolik
perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Adliyah binti Ramli, Pegawai Pendidikan daerah
Klang dan tetamu-tetamu jemputan khas yang terdiri daripada Encik Khor Hong Yin, Pengarah Eksekutif Majlis
Pendidikan Methodist Malaysia, Encik Sukumaran a/l Subramaniam Bekas YDP PIBG SMKP Methodist Klang, Puan
Jackie Chew Soo Mee, Bekas NYDP PIBG SMKP Methodist Klang. Di samping itu murid-murid SMKP Methodist Klang
juga telah membuat persembahan gimik yang melibatkan pasukan pacaragam sekolah, pasukan tarian sekolah dan
murid-murid Bahasa Jepun. Plak perasmian telah ditandatangani oleh Puan Hajah Adliyah binti Ramli dan majlis yang
ringkas tetapi sungguh bermakna ini diakhiri dengan sesi fotografi. Sesungguhnya bangunan MGS Sports Complex ini
menjadi satu lambang kejayaan dan kerjasama warga sekolah dan PIBG dalam merealisasikan satu projek
pembangunan sekolah demi kemudahan warga sekolah terutama untuk semua murid SMKP Methodist Klang.
3. Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (Pencapaian 2018)
Majlis tahunan ini diadakan pada 27 April 2019 untuk meraikan murid-murid yang mendapat keputusan yang
cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sehubungan itu, PIBG telah berbesar hati menampung
perbelanjaan keseluruhan majlis tersebut, selain memberi hadiah berbentuk wang tunai kepada murid-murid yang
cemerlang dalam PT3, SPM serta kokurikulum . Pada tahun ini, anugerah Warna Penuh dan Separuh juga menerima
hadiah wang tunai yang ditaja oleh Alumni dan Koperasi SMKP Methodist, Klang. Diharapkan sumbangan tersebut
dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk terus mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran.
4. Majlis Persaraan
PIBG sentiasa menghargai jasa guru-guru yang telah menamatkan perkhidmatan dalam bidang pendidikan. Berikut
adalah senarai pentadbir yang telah bersara:
• Cik Roziah binti Roslan (Pengetua) bersara pada 30 April 2019
• Cik Hajah Nabihah binti Badar (GKMP Sains dan Matematik) bersara pada 27 September 2019
• Puan Hajah Nooralizah binti Abdul Rani (Penolong Kanan Petang) bersara pada 30 September 2019
• Puan Hajah Norazan binti Abdul Rahman (Penolong Kanan Kokurikulum) bersara pada 28 Februari 2020
5. Program Peningkatan Prestasi Murid
Pada tahun 2019, PIBG banyak menyumbangkan dana untuk program peningkatan prestasi murid-murid seperti
Perkampungan Ilmu Murid SUKSeS 2019, Perkampungan Ilmu untuk 80 orang murid prestasi sederhana SPM,
Perkampungan Ilmu untuk 40 orang murid cemerlang near miss bagi Program SUKSeS PPD Klang, Program
Pengukuhan SPM Panitia Pendidikan Moral, Perkampungan Ilmu Sejarah SPM 2019 dan Program Peningkatan Prestasi
Sejarah PT3 (Pecutan Akhir PT3). Semua program ini diharap dapat meningkatkan prestasi murid-murid dan
seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam.
20

