Page 16 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 DAN KE-42
P. 16

4.2  Laporan Bendahari
                        4.2.1    Puan  Maziah  binti  Abdullah  membentangkan  laporan  kewangan  2018.  Pembentangan
                                 Laporan Kewangan Tahun Berakhir Disember 2018 untuk Akaun 1. Beliau meminta para
                                 hadirin merujuk Buku Edaran Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40, halaman 31 hingga 32 dan
                                 Akaun 2 pada halaman 34 dan 35.
                        4.2.2    Encik Alex Gabriel a/l K. Ayyasamy meminta penjelasan berkaitan pembelian LCD yang
                                 tinggi kosnya dan mahukan penjelasan mengapa terdapat kos pemasangan dalam laporan
                                 tersebut. Beliau juga meminta penjelasan untuk bil elektrik kantin lama (Laman Ekspresi)
                                 yang berjumlah RM24.20
                        4.2.3    Pengetua  menjelaskan  mengenai  pembelian  LCD.    Pembelian  dua  buah  LCD  tersebut
                                 adalah menggantikan LCD yang telah rosak. Manakala satu unit LCD lagi merupakan unit
                                 tambahan dan kosnya adalah berserta dengan kos pemasangan.
                                 Seterusnya  pengetua  menjelaskan  bahawa  kos  bil  elektrik  sebanyak  RM24.20  kepada
                                 pihak kantin adalah merupakan bayaran token penggunaan elektrik oleh gerai-gerai jualan
                                 yang ditempatkan di kantin lama semasa Carnival Stem and Family Day (28/7/2019).
                        4.2.4    Pengesahan  Laporan  Kewangan  Akaun  1  dicadangkan  untuk  diterima  oleh  Encik
                                 Mohanadas a/l Kerisnan dan disokong oleh Puan Wong Kiet Yoke.
                        4.2.5    Pengesahan  Laporan  Kewangan  Akaun  2  dicadangkan  untuk  diterima  oleh  Encik
                                 Balasubramaniam a/l Padimanam dan di sokong oleh Encik Thinagaran a/l Perumal.

                  4.3  Penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderamata kepada AJK PIBG 2018.
                        Pengacara  majlis  meminta  semua  hadirin  merujuk  Buku  Edaran  Mesyuarat  Agung  Kali  ke-40,
                        halaman  23  yang  memaparkan  senarai  nama  AJK  PIBG  2018  yang  merupakan  penerima  sijil
                        penghargaan dan cenderamata atas khidmat bakti mereka bagi tahun itu.

                  4.4  Pembubaran AJK PIBG 2018/2019 dan Pelantikan AJK PIBG 2019/2020
                        4.4.1    YDP  PIBG  mengucapkan  terima  kasih  kepada  semua  AJK  PIBG  2018/2019  yang  telah
                                 melaksanakankan  tugasan  dengan  sangat  baik  sepanjang  tahun  2018  seterusnya
                                 membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019.
                        4.4.2    Cik Roziah binti Roslan selaku penasihat PIBG mengambil peluang mengucapkan ribuan
                                 terima kasih atas sumbangan dan tugasan yang telah dilaksanakan oleh AJK PIBG 2018.
                        4.4.3    Mesyuarat sebulat suara melantik Cik Nabihah binti Badar sebagai pengerusi sementara
                                 bagi sesi pelantikan jawatankuasa PIBG yang baharu bagi sesi 2019/2020.
                        4.4.4    Cik Nabihah binti Badar mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk
                                 beliau mempengerusikan slot pelantikan AJK PIBG 2019/2020.
                        4.4.5    Pelantikan YDP PIBG 2019/2020
                                 Encik  David  Tan  Yew  Seng  mencadangkan  agar  YDP  PIBG  2018  iaitu  Dr  Komathy  a/p
                                 Balusamy Radia dikekalkan dan disokong oleh Puan Rashida bt Ibrahim. Puan Ghandimathi
                                 a/p  Suppiah  mencadangkan  agar  cadangan  ditutup  dan  disokong  sebulat  suara  oleh
                                 semua ahli mesyuarat yang hadir.


                        4.4.6    Pelantikan NYDP PIBG 2019/2020
                                 Encik David Tan Yew Seng mencadangkan Encik Tanabal a/l Subramaniam dan disokong
                                 oleh Encik Dorairaj dan disokong oleh Puan Roslinda binti Abdul Aziz. Puan Rashida binti
                                 Ibrahim mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh Puan Lim Chui Lay.




                                                                                                           16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21