Page 22 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 DAN KE-42
P. 22
13. Membiayai perbelanjaan pasukan sekolah
PIBG amat menghargai pasukan-pasukan yang mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Sumbangan diberikan kepada pasukan-pasukan yang berpotensi dan telah membuktikan
kehebatan mereka dalam mengharumkan nama sekolah. Pada tahun 2019 PIBG telah menampung penyelengaraan
instrument pasukan pancaragam sekolah serta bayaran jurulatih dan memberi sumbangan kepada pasukan tarian
sekolah, pasukan koir sekolah dan Persatuan bahasa Tamil.
14. Bayaran guru ganti
Pada tahun 2019, PIBG telah membiayai pembayaran gaji untuk guru-guru ganti Matematik dan Pendidikan Islam.
Tanggungjawab ini diambil oleh PIBG demi memastikan proses pembelajaran murid-murid tidak terjejas ekoran
daripada kekurangan guru.
15. Bayaran pengangkutan
PIBG telah menanggung bayaran pengangkutan untuk pengawas sekolah yang menghadiri kem kecemerlangan
Pengawas. PIBG juga menampung bayaran pengangkutan untuk program-program Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah.
16. Program Kem Kecemerlangan Murid Tingkatan 1 dan 2 /2020
Pada 24-27 Februari 2020 telah diadakan Kem Kecemerlangan Murid-murid Tingkatan 1 dan 2 bertempat di dewan
Eklund, SMK Perempuan Methodist Klang. PIBG telah membiayai bayaran untuk penceramah motivasi dari luar dan
makan tengah hari untuk penceramah dalaman.
17. Pemasangan Palang Besi di kaunter jualan kantin
Sumbangan terkini daripada PIBG adalah pembinaan palang di kaunter jualan kantin untuk memudahkan murid-murid
beratur ketika membeli makanan di kantin sekolah. Dengan pembinaan palang ini, proses pembelian makan di
kaunter menjadi lebih teratur dan menjimatkan masa murid-murid.
Disediakan oleh
Maszelina binti Rasip,
Setiausaha PIBG sesi 2019,
SMK Perempuan Methodist Klang.
22

