Page 21 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 DAN KE-42
P. 21

6.   Majlis Sambutan Hari Guru
                  Jasa guru-guru tidak pernah dilupakan. Untuk menghargai jasa mereka, PIBG telah turut memberi sumbangan berupa
                  sebiji kek untuk Hari Guru yang berlangsung pada 21 Jun 2019.

             7.   Program Solat Hajat/Majlis Kerohanian calon-calon PT3 2019 dan SPM 2019
                  Setiap tahun PIBG telah menyumbangkan wang tunai kepada Panitia Agama Islam untuk mengadakan program solat
                  hajat untuk semua calon PT3 dan SPM yang beragama Islam.  Sumbangan wang tunai juga diberikan untuk diadakan
                  program kerohanian untuk calon-calon PT3 dan SPM yang beragama Hindu.

             8.   Majlis Restumu Kejayaanku (Graduasi SPM 2019)
                  PIBG juga menyumbangkan wang tunai untuk menjayakan majlis graduasi SPM 2019 yang telah berlangsung di Alya
                  Hotel, Klang.

             9.   Ambang peperiksaan PT3 dan SPM 2019
                  Setiap tahun PIBG mengadakan Program Ambang Peperiksaan untuk merestui semua murid yang akan menduduki
                  peperiksaan PT3 dan SPM sebagai tanda restu dan doa agar murid-murid memperoleh kejayaan dalam peperiksaan.
                  Satu majlis khas diadakan dan murid-murid mendengar amanat daripada YDP PIBG yang mewakili ibubapa dan Puan
                  Hajah Fauziah binti Md Kassim selaku Pengetua turut menyampaikan amanat dan pesanan. Dalam majlis tersebut,
                  PIBG telah menyumbangkan set alat tulis kepada semua calon PT3 dan calon SPM 2019.  PIBG juga telah meyerahkan
                  kain rentang yang mengandungi ucapan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon. Majlis untuk calon PT3
                  diadakan pada 27 September 2019, manakala majlis bagi calon SPM pula diadakan pada 10 Oktober 2019.

             10.   Sarapan pagi calon PT3 dan SPM 2019
                  Pada tahun ini sekali lagi PIBG telah menyumbangkan sarapan pagi untuk calon-calon PT3 dan SPM 2019.  Usaha PIBG
                  untuk memastikan semua calon mengambil sarapan pagi sebelum menduduki peperiksaan amat membantu semua
                  calon yang tidak berkesempatan untuk mengambil sarapan pagi di rumah.  Pengambilan sarapan pagi membantu
                  calon-calon untuk menjadi lebih cergas dan membantu mereka untuk menjawab dengan lebih baik.

             11.   Penyelenggaraan/Pembangunan Sekolah
                  PIBG sentiasa prihatin dengan kemudahan dan kebajikan warga sekolah. Antara sumbangan PIBG dalam memastikan
                  warga sekolah sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat sepanjang berada di sekolah adalah:
                  •   menggantikan kabin bahasa Jepun dengan kabin baharu yang lengkap
                  •   mengecat tembok sekolah dan bangunan blok B.
                  •   menampung bayaran penyelenggaraan komputer.
                  •   pembelian LCD untuk makmal kimia dan biologi
                  •   menampung bayaran penyelenggaraan pendingin hawa di dewan.
                  •   Menampung bayaran penyelenggaraan dan bil UNIFI
                  •   menyelenggara tandas murid (bilik senang murid).
                  •   menyelenggara tangga di blok B.
                  •   menambah set meja makan di kantin.
                  •   membaiki siling bocor di blok B.
                  •   membeli kerusi untuk kegunaan guru-guru di bilik guru.
                  •   memasang tandas duduk untuk kegunaan guru-guru.
                  •   Naik taraf dan baik pulih bilik sakit/bilik kesihatan (sick bay)

             12.   Dakwat marker pen
                  Setiap tahun PIBG menampung pembelian dakwat marker pen (papan putih di kelas) untuk kegunaan guru-guru
                  semasa proses pdpc di kelas masing-masing.




                                                                                                           21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26