Page 49 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 DAN KE-42
P. 49

4.   Program Peningkatan Prestasi Murid

                  Pada tahun 2020, PIBG masih terus menyumbangkan dana untuk program peningkatan prestasi murid-murid
                  seperti  program  SUKSeS  2020,  Perkampungan  Ilmu  untuk  murid-murid  GALUS  dan  sederhana,  Bengkel

                  Kecemerlangan Bahasa Tamil dan Program kecemerlangan Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Semua program telah
                  dilaksanakan dalam suasana norma baharu namun objektifnya tetap tercapai iaitu meningkatkan prestasi

                  murid-murid dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam.


             5.   Majlis Sambutan Hari Guru
                  Pada tahun 2020, tiada sebarang sambutan diadakan memandangkan negara kita masih dalam fasa Perintah

                  Kawalan Pergerakan (PKP).


             6.   Program Solat Hajat/Majlis Kerohanian calon-calon SPM 2020

                  Walaupun program tidak dapat dilaksanakan di sekolah, Panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif
                  untuk melaksanakan ‘Majlis Restu Ilahi SPM 2020’ secara atas talian pada 21 Februari 2021. Solat hajat dan
                  bacaan yaasin telah diadakan dari kediaman masing-masing.



             7.   Majlis Restumu Kejayaanku (Graduasi SPM 2020)
                  Pada  tahun  2020,  majlis  tersebut  tidak  dapat  dilaksanakan  berikutan  kepatuhan  terhadap  SOP  di  mana
                  perhimpunan beramai-ramai adalah dilarang sama sekali.



             8.   Ambang peperiksaan PT3 dan SPM 2020
                  Pada tahun 2020, kedua-dua majlis tidak dilaksanakan. Untuk rekod, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

                  memutuskan  untuk  membatalkan  Pentaksiran  Tingkatan  Tiga  (PT3)  bagi  tahun  2020.  Namun,  tradisi
                  pemberian alat tulis kepada calon-calon SPM 2020 masih diteruskan. Pada 9 Februari 2021, cenderamata

                  berupa alat tulis telah diserahkan kepada semua guru kelas tingkatan 5 untuk disampaikan kepada semua
                  calon SPM 2020.















                                                                                                           49
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54