Page 50 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 DAN KE-42
P. 50
9. Sarapan pagi calon SPM 2020
Pada tahun ini sekali lagi PIBG telah menyumbangkan sarapan pagi untuk calon-calon SPM 2020 bermula 22
Februari 2021- 25 Mac 2021. Usaha PIBG untuk memastikan semua calon mengambil sarapan pagi sebelum
menduduki peperiksaan amat membantu semua calon yang tidak berkesempatan untuk mengambil sarapan
pagi di rumah. Pengambilan sarapan pagi membantu calon-calon untuk menjadi lebih cergas dan membantu
mereka untuk menjawab dengan lebih baik.
10. Penyelenggaraan/Pembangunan Sekolah
PIBG sentiasa prihatin dengan kemudahan dan kebajikan warga sekolah. Antara sumbangan PIBG dalam
memastikan warga sekolah sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat sepanjang berada di sekolah
adalah:
• pembelian meja di bilik rawatan
• pembelian thermometer, BP monitor, pelitup muka, kotak bantuan kecemasan, pengimbas suhu badan
• penyelenggaraan pendingin hawa dewan Eklund
• pemasangan intercom
• penyelenggaraan komputer di kelas-kelas, makmal dan bilik guru
• pembelian scanner
12. Dakwat marker pen
Setiap tahun PIBG menampung pembelian dakwat marker pen (papan putih di kelas) untuk kegunaan guru-
guru semasa proses pdpc di kelas masing-masing.
Disediakan oleh
Maszelina binti Rasip,
Setiausaha PIBG,
SMK Perempuan Methodist Klang.
50

