Page 29 - MODUL AMPUTASI
P. 29
SOALAN 2
a. Jenis-jenis amputation.
i. Closed amputation
Dijalankan untuk membentuk weight-bearing untuk anggota yang masih ada
atau lebih dikenali sebagai stump. Bahagian kulit anterior dengan soft tissue
yang dipotong (dissected) menutupi bahagian tulang anggota yang masih ada.
Jagaan khas adalah diperlukan untuk mengelakkan pengumpulan aliran yang
boleh menyebabkan tekanan dan infeksi.
ii. Disarticulation
Disarticulation bermaksud pemisahan tulang daripada sendi dan tidak
melibatkan pemotongan tulang. Amputasi dilakukan melalui sendi. Contohnya
Syme’s amputation adalah satu bentuk disarticulation yang dilakukan pada sendi
kaki (ankle).
iii. Open amputation / Guillotine amputation.
Open amputation adalah dimana permukaan pada anggota yang masih ada
tidak ditutupi oleh kulit. Jenis pembedahan ini selalunya dilakukan untuk
mengawal kejadian infeksi. Luka tersebut kemudian akan ditutup dengan
melakukan prosedur pembedahan kedua atau dengan traksi kulit di sekeliling
anggota yang masih ada. Jenis amputasi ini juga dikenali sebagai Guillotine
amputation
b. Penjagaan pos-operatif untuk pesakit yang menjalani amputation.
i. Baringan pesakit
- Baringkan pesakit di katil amputasi dalam kedudukan supine selama 6
jam semasa tidak sedar diri.
ii. Kedudukan stump
- Tinggikan stump selama 24 jam, kemudian dalam kedudukan flat dan
extended selepas itu untuk kurangkan hip contracture. Meninggikan
stump ini adalah bergantung pada keadaan edema pada stump
tersebut.
- Jika amputasi ekstrimiti anggota bawah, ubah kedudukan kepada
prone, 4 kali sehari untuk extend paha dan lutut.
29

