Page 30 - MODUL AMPUTASI
P. 30
SOALAN 2
iii. Pemerhatian tanda-tanda vital dan pendarahan
- Lakukan pemerhatian setiap jam terhadap stump untuk 24 jam pertama. Ini
bertujuan untuk menilai keadaan warna, aliran, edema, pendarahan, suture
pada luka, dan nadi proksimal pada kawasan insisi.
- Selain itu nilai atau monitor jumlah aliran dalam sistem sedutan sekiranya ada
digunakan.
- Monitor keadaan dressing untuk mengetahui sekiranya berlaku pendarahan
pada luka pembedahan.
- Sentiasa menyediakan tourniquet berdekatan dengan katil klien, tourniquet
akan digunakan untuk mengawal pendarahan sekiranya pendarahan berlaku.
- Monitor tanda-tanda vital dengan berhati-hati terutamanya bagi klien yang
dipasangkan prosthesis sebaik sahaja selepas pembedahan. Ini kerana luka
pembedahan adalah dibebat dan tidak kelihatan.
iv. Senaman pada stump
- Senaman adduction pada ekstrimiti yang telah di amputasi sebanyak 10 kali
dalam sejam, dilakukan 24 jam selepas pembedahan.
- Thigh tightening exercises semasa dalam posisi prone boleh dimulakan 24 jam
selepas pembedahan iaitu setiap 4 jam.
- Berdiri dengan menggunakan crutches 3 kali sehari, sehari selepas
pembedahan.
- Senama aktif ROM haruslah dilakukan selepas pembedahan dilakukan iaitu
apabila tahap sakit klien berkurangan dan status medikal membenarkan klien
melakukan senaman.
v. Mengurangkan sakit
- Berikan medikasi analgesik untuk membantu mengurangkan kesakitan.
Contohnya IM Pethidine 75 – 100mg setiap PRN dan Morphine 1.5mg - 10mg
PRN
- Galakkan klien melakukan senaman ROM bagi membantu mengurangkan sakit.
- Diversional therapy, contohnya visual imaging. Ia adalah untuk membantu
alihkan tumpuan dari sakit yang dialami.
vi. Keperluan psikologikal
- Galakkan ahli keluarga memberi sokongan kepada klien dalam menerima
perubahan diri yang berlaku.
- Bantu klien mengenalpasti kekuatan personal bagi membantu meningkatkan
keyakinan diri.
- Galak klien meluahkan kesedihan, kemarahan dan rasa kehilangan bagi
membantu proses adaptasi.
- Berikan sokongan emosi kepada klien iaitu dengan cara membantu
mengenalpasti sistem sokongan yang klien boleh hubungi selepas discaj dari
hospital.
30

