Page 31 - MODUL AMPUTASI
P. 31

SOALAN 2
                vii. Jagaan Stump
                   -  Senaman isometric dan isotonic
                   -  untuk menguatkan stump
                   -  untuk memperbaiki muscle tone
                   -  untuk memudahkan pemasangan atau penggunaan prostesis kelak

               viii. Balutan stump (secara kukuh)
                   -  dilakukan sebaik sahaja soft tissue sembuh dan selepas suture dikeluarkan.
                   -  dalam bentuk kon untuk memudahkan pemasangan prostesis.

                ix. Pendidikan kesihatan untuk klien
                   -  Jagaan  stump:  Kekalkan  kebersihan  stump  dengan  basuh  setiap  hari
                      menggunakan sabun yang lembut dan air suam dan keringkan stump sebelum
                      dibalut.
                   -  Urut stump dengan lembut untuk menggalakkan pengaliran darah.
                   -  Kuatkan  stump  dengan  cara  menekan  stump  ke  permukaan  yang  keras.  Ini
                      adalah sebagai persediaan untuk pemasangan prosthesis.
                   -  Periksa  stump  setiap  hari  untuk  mengesan  kemerahan,  blistering  atau
                      abrasions.
                   -  Pakai woolen stump socks untuk kekalkan kebersihan dan keselesaan.
                   -  Nasihat  klien  meneruskan  senaman  untuk  mengurangkan  kelemahan  pada
                      ekstrimiti.

                 x. Program rehabilitasi untuk klien dengan amputasi

                   -  Program rehabilitasi adalah penting untuk klien dengan amputasi. Ia bertujuan
                      untuk  membantu  ambulasi  dan  penjagaan  diri.  Contoh  rehabilitasi  yang
                      dilakukankan adalah;
                      ➢  Fisioterapi
                      ➢  Terapi pekerjaan (occupational therapy)


               c.    Nyatakan komplikasi amputation.

                 i.   Pendarahan
                      Pendarahan boleh berlaku kerana saluran darah major cedera dengan teruk.
                      Sekiranya pendarahan tidak dikawal, klien mungkin akan mengalami renjatan
                      dan kemungkinan akan mati.
                 ii.   Infeksi pada luka
                      Infeksi mungkin boleh berlaku jika jagaan luka diabaikan.
                iii.   Phantom limb pain
                      Phantom  limb  pain  adalah  komplikasi  yang  paling  kerap  berlaku  selepas
                      amputasi.  Menurut  Rounseville  (1992),  80%  klien  yang  menjalani  amputasi
                      mengalami sakit pada stump sepanjang tahun pertama selepas pembedahan.
                iv.   Kontraktur
                 v.   Neuroma
                vi.   Keloid





                                                            31
   26   27   28   29   30   31