Page 271 - Buku Teks Sains Tingkatan 1
P. 271
Lapisan Bumi
Bumi boleh dibahagikan kepada tiga lapisan utama berdasarkan sifat fizikalnya iaitu
kerak, mantel dan teras. Lapisan mantel terdiri daripada komponen litosfera, astenosfera
dan mesosfera. Litosfera meliputi kerak dan bahagian atas mantel.
Kerak Litosfera
Astenosfera
Mantel Mesosfera
Teras luar
Teras dalam
Rajah 9.5 Lapisan utama Bumi
9.2
Tujuan: Mencipta model untuk struktur Bumi
Arahan
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Reka bentuk satu model Bumi yang mempunyai empat lapisan dengan tanah liat.
3. Bentangkan setiap lapisan struktur Bumi berdasarkan model yang dicipta.
9.3
Tujuan: Membincangkan perbezaan setiap lapisan Bumi berdasarkan komposisi dan
sifat fiziknya
Arahan
1. Bekerja secara berkumpulan.
2. Kumpulkan maklumat tentang komposisi dan sifat fizik bagi setiap lapisan Bumi.
3. Bentangkan hasil perbincangan setiap kumpulan melalui persembahan multimedia.
260 Bab 9
260
Bab 9