Page 274 - Buku Teks Sains Tingkatan 1
P. 274

Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifikengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                        P Ba
                                                                        Bab 9: Bumib 9: Bumi


                       9.3        Proses Utama Bumi




                      •  Berkomunikasi mengenai proses eksogen dan endogen.


                    A   pakah proses Bumi yang menyebabkan perubahan pada permukaan Bumi?
                        Bagaimanakah perubahan Bumi itu terbentuk? Sebenarnya, permukaan Bumi

                    terbentuk melalui dua proses, iaitu proses eksogen dan proses endogen.


                                                 •  Proses yang berlaku di permukaan Bumi.
                           Proses Eksogen        •  Contoh: Luluhawa, hakisan, susutan jisim, susutan darat,
                                                   angkutan dan pengenapan.

                                                                  Hakisan
                                                             Merupakan proses
                                                            penghausan yang
                                                             dialami oleh
                                                           permukaan Bumi
                                                           akibat tindakan
                                                           agen-agen yang
                                                          bergerak seperti air,
                                                            angin dan ombak.


                                Luluhawa
                     Merupakan satu proses pemecahan
                      dan penguraian atau pereputan           Contoh
                     batuan akibat perubahan suhu, air        proses
                           hujan, tindakan fros
                           dan mikroorganisma.               eksogen












                    Susutan jisim                                           Angkutan dan pengenapan
                    dan susutan darat                                 Bahan-bahan yang telah diluluhawa atau
                    Melibatkan pergerakan                               terhakis akan dibawa oleh agen-agen
                    tanah dari atas cerun ke bahagian                seperti aliran air, angin, ombak dan glasier.
                    bawah akibat daya tarikan graviti.                 Bahan-bahan tersebut akan dienapkan
                    Misalnya, tanah runtuh.                            apabila halaju agen menjadi perlahan.
                                                  Rajah  9.7 Contoh proses eksogen

                                                                                                      263
                                                                                                Bab 9
                                                                                                Bab 9  263
   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279