Page 272 - Buku Teks Sains Tingkatan 1
P. 272

Bab 9: Bumib 9: Bumi
                                                                        P Ba
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifikengenalan kepada Penyiasatan Saintifik

                    Bumi ialah Satu-satunya Rumah bagi Semua Hidupan
                    Imbas kembali topik sistem suria yang telah
                    anda pelajari semasa di sekolah rendah.
                    Bumi ialah planet ketiga dari Matahari
                    dan merupakan satu-satunya planet
                    yang sesuai untuk didiami dalam
                    sistem suria kita (Gambar foto 9.2).

                         Salah satu keistimewaan sifat
                    Bumi yang menyebabkan Bumi
                    sesuai untuk semua hidupan ialah
                    suhu Bumi tidak terlalu panas atau
                    sejuk berbanding dengan planet lain.
                    Hal ini disebabkan oleh kedudukan
                    Bumi yang berada tidak terlalu dekat
                    dan tidak terlalu jauh dari Matahari. Selain
                    itu, kewujudan air dan oksigen di Bumi juga
                    menyebabkan Bumi sesuai untuk semua            Gambar foto 9.2
                    hidupan. Oleh itu, manusia perlu mencintai
                    Bumi dengan menjaga alam sekitar dengan baik!                   Ahli sains sedang mengkaji
                                                                                    planet lain yang sesuai untuk
                                                                                    didiami oleh semua hidupan
                                                                                    supaya kita dapat berpindah
                                                                                    ke planet tersebut pada
                                                      9.1                           masa hadapan.


                       1.  Bumi terdiri daripada empat sfera utama iaitu       ,            ,
                          dan              .

                       2.  Seekor ikan menangkap mangsa menggunakan cahaya. Dalam zon laut yang manakah ikan
                          ini boleh ditemui? Mengapa?





                       9.2        Bahan Bumi




                      •  Menerangkan jenis dan ciri-ciri batuan.
                      •  Berkomunikasi bagi membezakan proses pembentukan batuan.


                         erak Bumi terbentuk daripada pelbagai jenis batuan yang berbeza dari segi warna,
                      Kstruktur, bentuk, tekstur dan cara pembentukannya. Secara amnya, batuan boleh
                    dikategorikan kepada tiga kumpulan, iaitu batuan igneus, sedimen dan metamorfik.
                    Setiap jenis batuan terbentuk dengan cara yang berlainan dan mengambil masa
                    beribu-ribu tahun. Semua batuan mengandungi bahan yang dikenali sebagai mineral.


                                                                                                      261
                                                                                                Bab 9
                                                                                                Bab 9  261
   267   268   269   270   271   272   273   274   275   276   277