Page 277 - Buku Teks Sains Tingkatan 1
P. 277
Tanah jerlus ialah geobencana yang biasanya berlaku di kawasan paya manakala
hujan asid ialah geobencana yang biasanya berlaku di kawasan perindustrian.
Tanah jerlus Hujan asid
Rajah 9.9 Tanah jerlus dan hujan asid
9.4
Tujuan: Mengumpul maklumat tentang geobencana.
Arahan
1. Jalankan aktiviti secara berkumpulan.
2. Kumpulkan maklumat tentang cara geobencana berikut terbentuk.
(a) Gempa bumi (d) Tsunami (g) Tanah jerlus
(b) Volkanisme (e) Pemanasan global (h) Lubang benam
(c) Tanah runtuh (f) Hujan asid
3. Bentangkan hasil perbincangan setiap kumpulan melalui persembahan multimedia.
Sains dan Teknologi untuk Menghadapi Geobencana
Kemajuan dalam sains dan teknologi membolehkan ciptaan alat yang mampu
memberikan amaran awal terhadap kejadian tanah runtuh dan tsunami.
Transduser
Saya diletakkan di
Penggera atas cerun bukit untuk
memberikan amaran awal
kejadian tanah runtuh.
Panduan
gelombang Kerikil
keluli Saya diletakkan di persisiran
Mengubah bentuk cerun,
menjana pelepasan pantai untuk memberikan
akustik daripada batu amaran awal berlakunya
tsunami melalui satelit.
Rajah 9.10 Alat untuk mengesan Gambar foto 9.4 Alat untuk mengesan
tanah runtuh tsunami di Malaysia
Bolehkah anda fikirkan ciptaan lain yang digunakan untuk meramal atau memberikan
amaran awal akan berlakunya geobencana?
266
266 Bab 9
Bab 9