Page 177 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 177

Dakwah Nabi Muhammad SAW dilakukan dalam dua peringkat, iaitu secara rahsia dan
                  terang-terangan.



                  Secara rahsia:                         Secara terang-terangan:

                 Berlaku selama tiga tahun. Individu     Nabi Muhammad SAW telah  memulakan
                  awal  yang  memeluk  Islam ialah       dakwah secara terang-terangan ini kepada kaum
                  Siti  Khadijah, Ali  bin Abi  Talib,   keluarganya dengan mengadakan pertemuan
                  Zaid bin Harithah dan Abu Bakar        di Bukit Safa. Namun begitu, baginda ditentang
                  al-Siddiq. Dakwah Islam juga           hebat oleh bapa saudara baginda, iaitu Abu Lahab.
                  disebarkan melalui sahabat baginda     Baginda begitu tabah menghadapi tentangan
                  dan melalui  dakwah  di rumah          dan cabaran daripada masyarakat Arab Quraisy
                  al-Arqam bin Abi al-Arqam.             yang enggan menerima Islam pada awalnya.





                  Bagi tujuan penyebaran Islam, Nabi
                  Muhammad  SAW  kemudiannya
                  berhijrah ke Madinah. Baginda
                  diterima dan diangkat sebagai
                  pemimpin di sana. Baginda berjaya
                  merangka  Piagam  Madinah,  iaitu
                  perlembagaan  untuk membentuk
                  sebuah negara Islam yang adil dan
                  maju di Madinah. Melalui sifat
                  terpuji, iaitu siddiq (benar), amanah,
                  tabligh (menyampaikan ajaran
                  Islam)  dan  fatanah  (bijaksana),
                  baginda berjaya membuktikan
                  kepada  dunia  bahawa  Islam  ialah
                  cara hidup yang merangkumi setiap
                  aspek kehidupan.
                      Dari segi dakwah, Islam telah
                  berkembang  dengan  pesatnya  di
                  Tanah Arab dan di luar Tanah Arab.
                  Islam telah disebarkan melalui
                  utusan ke Rom, Parsi, Mesir dan       Ilustrasi penyebaran risalah Islam kepada ketua-ketua
                  Habsyah. Nabi Muhammad  SAW           kerajaan.
                  tidak  memaksa  mereka  memeluk       (Sumber: Ensiklopedia Islam untuk Pelajar Jilid 4, Kuala Lumpur:
                  Islam  tetapi  menggunakan  cara      Era Visi Publication Sdn. Bhd. dan Yayasan Dakwah Islamiah
                                                        Malaysia, 2003, hlm. 71)
                  diplomasi dalam berdakwah.
 Ilustrasi penyebaran Islam kepada penduduk di luar   Islam juga disebarkan melalui para
 Tanah Arab.
                  pendakwah yang berdagang.


                 166
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182