Page 46 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 46
1. Memohon guru kelas meletakkan nombor di dalam kumpulan ‘Whatsapp’ ibu bapa
penjaga.
Dicadangkan oleh : Pn Faridah Binti Samsudin
2. Menyediakan makanan-makanan sihat di kantin seperti buah-buahan dan
sebagainya.
Dicadangkan oleh : En Syamsul Afendie Bin Sulaiman
3. Membina lantai konkrit di kiri kanan (longkang) laluan pintu belakang agar
keselamatan anak-anak terjaga. Sangat merbahaya jika mereka terjatuh dalam
longkang dan ada juga beg sekolah murid yang terjatuh di dalam longkang
tersebut.
Dicadangkan oleh : Pn Nosuhada Bt Amiruddin
4. Memohon pihak sekolah agar memantau barangan yang dijual di kedai buku
sekolah supaya tidak menjual barangan selain daripada keperluan belajar.
Dicadangkan oleh : Pn Nornadiyah Binti Ismail
5. i. Mohon cikgu bertugas mengawasi murid-murid ketika waktu rehat di kantin.
ii. Mohon untuk maklumat tarikh dan masa bagi kelas tambahan setiap hari
Sabtu .
iii. Berhentikan atau kurangkan aktiviti sukan untuk murid-murid UPSR tahun ini.
iv. Pada waktu matapelajaran Pendidikan Jasmani, murid memberitahu cikgu
tidak menjalankan aktiviti sukan yang sempurna, hanya duduk di kelas sahaja.
Dicadangkan oleh : En Regunathan a/l Raman

