Page 48 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 48
11. i. Cadangan pihak kantin menjual buah-buahan potong agar murid mendapat
pendedahan dan pemakan yang seimbang.
ii. Barangan mainan di kedai buku perlu dihentikan dan digantikan dengan
penjualan seperti buku cerita, buku mewarna atau barangan yang memberi
manfaat kepada murid-murid.
iii. Cadangan mewujudkan loker untuk murid-murid agar buku dapat diletakkan
di dalam loker dan membawa balik kerja sekolah yang perlu dilakukan sahaja.
iv. Cadangan agar senarai buku latihan yang perlu dibeli ditulis dengan betul agar
tidak berlaku pembaziran (lebihan buku latihan yang banyak).
v. Cadangan agar senarai buku yang perlu dibeli sebelum sekolah dibuka dan
diedarkan ke kedai buku, agar tidak berlaku seperti bulan Disember yang lepas
iaitu kedai buku telah dibuka dan tiada senarai buku dan disuruh datang balik
selepas seminggu. Ini untuk mengelakkan ibu bapa berulang kali ke sekolah
kerana bekerja.
vi. Menaik taraf kebersihan tandas, jikalau boleh kubikel tandas dijadikan tandas
duduk.
vii. Memilih murid-murid dari setiap tahun dan kelas pada setiap kali perhimpunan
untuk membaca kata-kata hikmah atau ‘quotes’ dibantu oleh guru agar dapat
memberi keyakinan diri dan motivasi pada murid-murid.
viii. Mengadakan aktiviti untuk murid-murid seperti ‘choral speaking’, minggu
bahasa, kempen anti dadah, pertandingan kuiz, pertandingan bercerita/sajak/
puisi, atau ‘English Speaking Day’.
ix. Mencadangkan pihak sekolah untuk meletakkan botol-botol ‘hand hygien’
di setiap sudut untuk mengurangkan jangkitan dengan kerjasama PKD Gombak.
x. Mengadakan aktiviti yang boleh mengeratkan silaturrahim antara guru dan ibu
bapa.
Dicadangkan oleh : En Thiyagu a/l Sevellingam / Maline
12. Penambahbaikan tempat duduk dan meja makan murid di kantin.
Dicadangkan oleh : Pn Zarina Bt Mohd Tahir

