Page 49 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 49
13. Diharapkan pihak kantin sekolah dapat menyediakan makanan yang mencukupi
ketika aktiviti kokurikulum .
Dicadangkan oleh : Mohamad Ja’afar Bin Mohd Yunus
14. i. Buku Komunikasi tidak bertulis. Sebagai contoh, apa yang ibu bapa perlu tahu
terutama anak ada kerja rumah atau tidak.
ii. Tiada pemberitahuan dari pihak sekolah mahupun guru kelas berkenaan buku
latihan pelajar disimpan di sekolah.
Dicadangkan oleh : Pn S. Resimah Bt Damsik
15. Berharap tiada jualan sticker kartun atau mainan di koperasi kerana anak-anak
kerap menyalahgunakan wang saku mereka.
Dicadangkan oleh : Pn Noraziaty Bt Muhamad Zain
16. Buku teks sekolah (Sains) masih belum diterima oleh murid.
Dicadangkan oleh : Pn Intan Shafinas Bt Hj Sulaiman
17. Adakan info whatsapp dari guru kelas dengan ibu bapa murid bagi mengetahui
perkembangan murid.
Dicadangkan oleh : Pn Nor Mala Bt Samsuddin
18. Pengawal keselamatan menjaga agar semua van-van sekolah diberi keutamaan
untuk parking bahagian hadapan berhampiran pintu pagar berbanding ibu bapa
perseorangaan yang mengambil anak-anak masing semasa balik kerana murid-
murid yang menaiki van seringkali dilihat berlari kearah van yang jauh di belakang
kereta-kereta lain. Mereka boleh datang menunggu sahaja kerana melibatkan 1
atau 2 anak sahaja berbanding pemandu van yang perlu mengawal lebih 20
orang murid.
Dicadangkan oleh : Pn Nor Ashikin Samsudin

