Page 11 - SJKC Tsun Jin Orientation Booklet
P. 11
吉隆坡循人国民型华文小学
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tsun Jin
Jalan Perwira, Kg. Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92857232 Fax : 03-92879630
_________________________________________________________________________________________________
01-01-2021
TJ/2021/HEM/1
Kepada,
Ibu bapa /penjaga murid
Keselamatan Sekolah*
Demi keselamatan murid, pihak sekolah akan menjalankan kawalan keselamatan. Diminta semua ibu bapa
dan penjaga mematuhi peraturan sekolah dan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak
sekolah.
1.Pas Pelawat
1.1 Ibu bapa atau penjaga yang hendak berjumpa dengan Guru Besar atau guru harus mendaftarkan nama
dan isi borang pelawat di pondok pengawal keselamatan sekolah dan mendapatkan pas pelawat.
Borang pelawat harus diberi kepada guru atau staf pejabat untuk tandatangan atau cop semasa
berurusan dengan mereka . Pas pelawat dan borang pelawat tersebut mesti diserah kembali kepada
pengawal keselamatan sekolah sebelum meninggalkan sekolah.
2.Borang Kebenaran Meninggalkan Sekolah / Balik Awal.
2.1 Murid yang memasuki kawasan sekolah tidak boleh meninggalkan sekolah tanpa kebenaran daripada
pihak sekolah.
2.2 Ibu bapa / penjaga murid yang hendak membawa anak murid balik awal perlu mengisi borang balik
awal untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu.
3.Kelewatan Murid
3.1 Guru disiplin yang bertugas akan mencatat butir-butir murid yang datang lewat dan menyerahkan nama
murid kepada Lembaga Disiplin Sekolah.
3.2 Murid yang selalu datang lewat tanpa sebab akan dikenakan penurunan pangkat sahsiah.
4.Rekod Murid Balik Lewat
4.1 Selepas waktu sekolah, murid yang tidak menyertai kokurikulum sekolah dan kelas bimbingan
dikehendaki balik tepat pada masa.
4.2 Murid-murid yang balik selepas satu jam selepas sekolah bersurai dianggap sebagai balik lewat.
4.3 Pengawal keselamatan sekolah akan mencatatkan butir-butir murid yang selalu balik lewat .
5. Pintu Sekolah
5.1 Pintu sekolah akan sentiasa ditutup demi keselamatan murid.
5.2 Sebelum waktu sekolah bermula (7:40am) dan selepas waktu sekolah (3:30pm), ibu bapa
dilarang memasuki ke kawasan sekolah dan diminta menunggu di luar pintu sekolah.
6.Ibu bapa/ Penjaga yang Menghantar / Menjemput Murid
6.1 Ibu bapa / penjaga hanya boleh menghantar anak murid sampai di pintu masuk depan dan
belakang.
6.2 Ibu bapa / penjaga hanya boleh menjemput anak murid di luar pintu masuk.
6.3 Ibu bapa perlu menjemput anak murid selepas sekolah bersurai dengan secepat mungkin agar
keselamatan anak terjamin.
7.Membuat urusan di sekolah
9

