Page 16 - SJKC Tsun Jin Orientation Booklet
P. 16
- Murid-murid tidak dibenarkan bermain bola samada di dalam dewan mahupun di gelanggang bola
keranjang tanpa kebenaran guru.
8. Semasa Beratur
8.1 Semasa loceng lepas rehat berbunyi, semua murid harus berkumpul di dewan sekolah.
8.2 Murid-murid harus beratur mengikut kelas masing-masing. Ketua darjah sentiasa berada di hadapan
barisan kelas dan penolong ketua darjah pula sentiasa di belakang barisan kelas.
8.3 Pegawas bertugas dan ketua darjah perlu mengawasi gerak-geri murid pada setiap masa.
9. Jalan Balik ke Bilik darjah
9.1 Selepas guru disiplin/guru bertugas memberi arahan balik ke kelas, murid akan
mengikut laluan yang telah ditetapkan di bawah bimbingan pengawas.
9.2 Jalan balik ke kelas adalah sama dengan jalan balik selepas perhimpunan.
9.3 Semasa balik ke kelas, murid-murid harus mengikut peraturan-peraturan seperti di bawah:
- tidak bersembang semasa beratur
- sentiasa menjaga barisan kelas agar teratur dan kemas
- turun atau naik tangga harus mengikut arah kiri
- semasa di dalam kelas, sentiasa senyap dan tidak meninggalkan kelas dengan sesuka hati
10. Keluar Kelas
10.1 Semua murid diminta memakai tag keluar kelas yang disediakan jika meninggalkan kelas .
10.2 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru.
10.3 Pengawas dan ketua kelas bertanggungjawab menjaga disiplin kelas serta menyerahkan
nama murid yang melakukan kes salah laku kepada guru darjah ataupun guru matapelajaran pada
masa itu.
11. Balik Awal
11.1 Murid yang sakit perlu memberitahu guru kelas untuk menghubungi ibubapa/penjaga dengan segera.
11.2 Ibubapa/penjaga perlu mengisi borang balik awal (sila minta daripada kerani) dan ditandatangani
oleh guru kelas/guru-guru penolong kanan. Serahkan keratan “simpanan sekolah” kepada
pegawai keselamatan sebelum membawa anaknya meninggalkan sekolah.
12.* Waktu Lepas Sekolah
12.1 Sebelum sekolah bersurai, murid-murid dikehendaki memastikan kebersihan kelas. Buangkan sampah ke
dalam tong sampah hitam yang diletakkan di luar bilik darjah.
12.2 Semasa meninggalkan kelas:
- murid yang bertugas perlu memastikan lampu, kipas angin dan komputer ditutup.
- murid-murid yang duduk berdekatan dengan tingkap perlu menutupkan tingkap sebelum meninggal
kelas.
12.3 Murid-murid perlu beratur semasa meninggalkan kelas dan berjalan mengikut urutan kelas yang telah
ditetapkan.
12.4 Jika ibu bapa/ bas sekolah lewat menjemput, murid-murid perlu berkumpul di depan bilik aktiviti supaya
keselamatan diri terjamin.
12.5 Murid yang balik lewat tidak dibenarkan membuat bising, berkejar-kejaran di sekeliling kawasan sekolah,
bermain bola di dalam dewan ataupun gelanggang bola keranjang.
* Pihak Pentadbir sekolah akan sentiasa mengikut SOP atau menyesuaikan implikasi yang diperlukan
mengikut perkembangan situasi pendemik yang terkini demi keselamatan murid.
14

