Page 15 - SJKC Tsun Jin Orientation Booklet
P. 15
Peraturan-peraturan Sekolah SJK (C) Tsun Jin, KL
1. *Pintu Masuk
1.1 Pintu Depan no. 3 – akan dibuka pada pukul 6 pagi.
1.2 Pintu Belakang – akan dibuka dari pukul 6.55 pagi hingga 7.40 pagi. Murid yang lewat perlu
menggunakan pintu depan masuk ke sekolah dan mengisi buku rekod datang lewat.
2.* Waktu Masuk Kelas
2.1 Semua murid yang datang sebelum pukul 7 pagi perlu berkumpul di dewan. Murid tidak dibenarkan
masuk ke dalam kelas walaupun ditemani oleh ibu bapa agar tidak berlakunya kemalangan yang tidak
diingini.
2.2 Pada pukul 7:35 pagi, murid-murid akan masuk ke dalam kelas.
2.3 Murid yang bertugas mula membersihkan kelas.
3.* Perhimpunan
3.1 Pada waktu pertama setiap hari Isnin, perhimpunan mingguan akan diadakan di dewan sekolah. Semua
murid dikehendaki beratur dan masuk ke dewan mengikut laluan kelas yang telah ditetapkan.
3.2 Ketua darjah perlu duduk di hadapan barisan kelas manakala penolong ketua darjah pula duduk di
belakang barisan kelas.
3.3. Murid-murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan dijalankan. Murid-murid juga perlu
menghormati guru besar, guru-guru penolong kanan,guru-guru atau murid yang berucap di atas pentas.
3.4 Selain daripada perhimpunan mingguan dan waktu rehat, murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dewan
sekolah dengan sesuka hati.
3.5 Semua murid tidak dibenarkan bermain di atas pentas.
4. Tandas
4.1 Semasa beratur di dalam dewan, murid-murid hanya dibenarkan menggunakan tandas di tepi dewan
sahaja.
4.2 Pada waktu belajar, murid-murid hanya dibenarkan menggunakan tandas yang telah ditetapkan.
4.3 Selepas menggunakan tandas, murid-murid harus menjaga kebersihan tandas.
5. *Waktu Rehat
5.1 Semua murid dikehendaki meninggalkan bilik darjah pada waktu rehat.
5.2 Semua murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas.
5.3 Murid yang membawa bekalan makanan diminta berkumpul di tempat duduk belakang auditorium.
5.4 Semua murid wajib berkumpul di dalam dewan 5 minit sebelum loceng pengajaran dan pembelajaran
berbunyi (bukannya berkumpul di dewan selepas loceng berbunyi).
5.5 Semua murid akan masuk ke dalam bilik darjah di bawah bimbingan pengawas yang bertugas apabila
loceng berbunyi.
5.6 Semua murid tidak dibenarkan membeli makanan di luar pagar sekolah.
6.* Kantin
6.1 Semasa membeli makanan atau minuman, semua murid perlu beratur terlebih dahulu.
6.2 Semasa makan dan minum, semua murid tidak dibenarkan bermain, menjerit-jerit atau bercakap dengan
kuat.
6.3 Tidak dibenarkan bermain bola atau berkejar-kejaran di kantin.
6.4 Selepas makan dan minum, semua pinggan mangkuk dan cawan perlu diletakkan di dalam tong besar yang
disediakan mengikut kategori.
7. Peraturan-peraturan di Dewan Sekolah
7.1 Semasa di dewan sekolah, murid-murid dikehendaki mengikuti peraturan-peraturan seperti berikut:
- tidak menjerit-jerit
- tidak berkejar-kejaran
- tidak membuang sampah di merata-rata tempat
- tidak bermain atau bersuka-ria di atas pentas
- tidak makan minum di dalam dewan sekolah
- tidak meninggalkan dewan sekolah dengan sesuka hati
- tidak membuka beg sekolah kawan-kawan lain
- tidak mengganggu kawan-kawan lain
13

