Page 10 - buku teks f4 kssm
P. 10

Kaedah mengurus bahan sisa biologi

           Selepas menjalankan eksperimen, terdapat bahan sisa yang perlu diuruskan dengan teliti sebelum
           dibuang. Kaedah menguruskan bahan sisa biologi yang berlainan mengikut Prosedur Operasi
           Piawai disenaraikan dalam Jadual 1.1.

                                      JADUAL 1.1  Kaedah mengurus bahan sisa biologi
             Kategori bahan            Contoh                       Kaedah pengurusan
              sisa biologi
            Kategori A       Peralatan tajam seperti     Dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan
            (sisa tajam)     picagari, jarum, kaca, skalpel,  khas bagi sisa tajam. Bekas ini tidak
                             dan lain-lain alat tajam yang   perlu disterilkan.
                             boleh menyebabkan luka

            Kategori B       Sisa pepejal biologi seperti   Dibungkus dahulu di dalam beg plastik
            (sisa tidak tajam)  sarung tangan, kertas tisu,   biobahaya tahan autoklaf, disterilkan di
                             piring petri, bekas kultur   dalam autoklaf untuk nyahkontaminasi, dan
                             plastik, agar yang          kemudiannya dimasukkan ke dalam tong
                             telah mengeras              biobahaya. Beg plastik biobahaya tidak
                                                         boleh dibuang ke dalam tong sampah biasa.
            Kategori C       Bangkai, organ, dan sisa tisu   Dibalut di dalam bahan penyerap (seperti
            (bangkai haiwan)  haiwan makmal atau haiwan   kertas tisu), dibungkus dengan rapi di dalam
                             uji kaji                    beg plastik biobahaya dan disejukbeku.

            Kategori D       Kultur kaldu, media cecair,   Semua sisa cecair biologi mesti
            (cecair)         darah dan/atau produk darah  dinyahkontaminasi secara autoklaf sebelum
                             seperti serum               dilupus. Sisa cecair biologi yang telah
                                                         disterilkan itu perlu dilupuskan
                                                         dengan segera.






                Perhatian!                           Beg plastik biobahaya    Bekas sisa tajam

            •   Nyahkontaminasi secara autoklaf
                dijalankan pada suhu 121 ºC and
                tekanan 15 psi selama 20 minit.
            •   Beg plastik biobahaya yang telah
                disterilkan di dalam autoklaf
                dan bekas sisa tajam mestilah
                disimpan sementara di tempat
                penyimpanan khas yang terkawal
                sehingga waktu pelupusan yang                                                Autoklaf
                telah dijadualkan.
                                                     Tong biobahaya

                       GAMBAR FOTO 1.5 Peralatan
                        untuk pengurusan bahan sisa
                            makmal biologi


            8                                                                                 1.2.4
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15