Page 6 - buku teks f4 kssm
P. 6

1.1                Bidang Biologi dan Kerjaya




                                   Apakah Biologi?

                                   Perkataan ‘Biologi’ berasal dari bahasa Yunani iaitu, ‘bios’ yang
                                   bermaksud kehidupan dan ‘logos’ yang bermaksud kajian. Biologi
                                   adalah kajian terperinci tentang benda hidup dan persekitaran semula
                                   jadinya. Biologi membolehkan kita memahami struktur dan fungsi
                                   organisma, serta hubungan dan interaksi antara organisma dengan
                                   alam sekitar. Terdapat pelbagai bidang kajian dalam biologi, termasuk
                                   yang baru muncul dalam abad ke-21. Beberapa contoh bidang kajian
                TMK 1.1
                                   biologi ditunjukkan di bawah.
              Video: Apakah itu
                 Biologi?




                                            Botani
                                            —  kajian
                                             mengenai
                                             hidupan       Fisiologi — kajian
                                             tumbuhan      mengenai fungsi
                                                           dan mekanisme
                                                           dalam organisma





                          Ekologi — kajian                             Genetik
                           mengenai                                    — kajian
                           interaksi antara                            mengenai
                           organisma dan                               pewarisan dan
                           persekitarannya                             variasi genetik



                                           Mikrobiologi
                                           — kajian mengenai
                                           mikroorganisma

                                      GAMBAR FOTO 1.1 Contoh bidang kajian biologi

              Lensa Biologi
            Teknik percetakan
            bio tiga dimensi (3D)              Inovasi Malaysia
            digunakan untuk           Salah satu kejayaan nanoteknologi di
            mencetak dan              Malaysia ialah penciptaan alat pengesan
            membentuk tisu-tisu       kualiti buah tembikai masak dan kandungan
            tiruan, dan juga untuk    gulanya yang dijalankan oleh Pusat
            membantu dalam            Penyelidikan Bioteknologi dan Program
            bidang kejuruteraan       Penyelidikan Nanoteknologi MARDI.
            perubatan moden.
            4                                                                          1.1.1  1.1.2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11