Page 11 - buku teks f4 kssm
P. 11

BAB 1    Pengenalan kepada Biologi dan Peraturan Makmal


             Kemalangan dalam makmal

             Kemalangan di dalam makmal boleh disebabkan oleh kecuaian, kelalaian
             atau kurang kemahiran dalam pelaksanaan eksperimen. Langkah-langkah
             menguruskan kemalangan dalam makmal adalah seperti berikut.

                LANGKAH-LANGKAH MENGURUS TUMPAHAN BAHAN
                                  KIMIA AM
              1.  Maklumkan kepada guru/pembantu makmal.
              2.  Jadikan kawasan tumpahan kawasan larangan.
              3.  Sekat tumpahan bahan kimia daripada merebak
                  dengan menggunakan pasir.
              4.  Kaut tumpahan bahan kimia.
              5.  Buang dengan selamat.


               LANGKAH-LANGKAH MENGURUS TUMPAHAN MERKURI
              Langkah-langkah 1 hingga 2 adalah sama seperti untuk
              tumpahan bahan kimia am.
                                                                         GAMBAR FOTO 1.6 Tumpahan bahan
              3.  Tabur serbuk sulfur untuk menutupi                     kimia disekat daripada merebak dengan
                 tumpahan merkuri.                                             menggunakan pasir
              4.  Hubungi pihak bomba.

                                                                                     Perhatian!
             Amalan-amalan dalam makmal biologi                                  •   Dilarang makan

             Makmal biologi ialah suatu tempat pembelajaran dan penyelidikan.        dan minum di
                                                                                     dalam makmal.
             Namun terdapat peraturan umum keselamatan yang mesti sentiasa       •   Kenal pasti
             diamalkan oleh murid.                                                   semua simbol
                                                                                     keselamatan
                         ETIKA PAKAIAN                                               pada bahan dan

              Guna baju makmal, sarung tangan,                                       peralatan sebelum
                                                                                     digunakan.
              dan cermin mata keselamatan
              mengikut kesesuaian.
                                                             LANGKAH KESELAMATAN BERHUBUNG
               PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL                              KEBAKARAN
              •   Dilarang bekerja bersendirian di          •   Hentikan kerja serta-merta dan matikan
                 dalam makmal tanpa pengawasan.                semua punca elektrik berdekatan anda
                                                               serta cabutkan palam.
              •   Basuh tangan selepas menjalankan
                 eksperimen.                                •   Keluar dari makmal mengikut laluan pelan
                                                               kecemasan yang ditetapkan.
              •   Dilarang membawa masuk barang
                 yang tidak berkaitan ke                    •   Jangan cemas dan tolak-menolak.
                 dalam makmal.                              •   Jangan berpatah balik untuk mengambil
              •   Bersihkan tempat bekerja                     barang yang tertinggal.
                 dengan disinfektan.                        •   Berkumpul di tempat yang telah
              •   Buang sisa mengikut prosedur yang            ditetapkan.
                 telah ditetapkan.                          •   Hubungi balai bomba terdekat.

             1.2.5  1.2.6                                                                        9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16