Page 27 - buku teks f4 kssm
P. 27
BAB 2 Biologi Sel dan Organisasi Sel
Komponen sel Ciri Fungsi
Vakuol/Vesikel • Kantung berisi cecair, iaitu sap sel • Dalam sel tumbuhan, air
• Vakuol dikelilingi oleh meresap ke dalam vakuol dan
tonoplas membran separa telap yang sel menjadi segah.
vakuol disebut tonoplas. • Dalam haiwan unisel seperti
• Sel tumbuhan muda mempunyai Paramecium sp., vakuol
banyak vakuol bersaiz kecil mengecut terlibat dalam
manakala sel tumbuhan matang proses pengawalaturan,
mempunyai vakuol bersaiz besar. osmosis dan perkumuhan.
• Vakuol bagi sel haiwan adalah • Vakuol sel haiwan (vesikel)
kecil (vesikel) dan kadangkala tidak mengandungi enzim hidrolitik
wujud langsung. untuk mencernakan bahan
• Sap sel mengandungi air, asid organik kompleks dalam sel.
organik, gula, asid amino, enzim,
garam mineral, oksigen,
karbon dioksida dan hasil
sampingan metabolisme.
Sitoplasma • Bahagian yang terletak di • Bertindak sebagai medium
sitoplasma antara membran nukleus dan bagi tindak balas biokimia
membran plasma dalam sel
• Terdiri daripada medium seperti • Membekalkan komponen sel
jeli yang mengandungi komponen dengan bahan keperluan yang
sel terampai diperoleh dari luar sel
• Mengandungi sebatian organik
(seperti protein, lipid dan
karbohidrat) serta sebatian tak
organik (seperti ion kalium)
Nukleus nukleoplasma • Komponen paling besar dalam sel • Mengawal segala aktiviti sel
• Berbentuk sfera, padat dan • Mempunyai kromosom yang
membran dilingkungi membran nukleus yang mengandungi DNA yang
nukleus terdiri daripada banyak liang menentukan ciri sel dan
nukleolus • Nukleus mengandungi membran fungsi metabolik
nukleus, kromosom, nukleolus
kromatin dan nukleoplasma
Mitokondrion • Komponen sel berbentuk rod • Tapak penjanaan tenaga
atau sfera melalui proses pengoksidaan
• Terdiri daripada dua lapisan makanan seperti glukosa
membran, iaitu membran luar yang semasa respirasi
licin dan membran dalam yang • Tenaga dijana dalam bentuk
berlipat-lipat molekul ATP (adenosina
• Mengandungi enzim yang terlibat trifosfat) untuk digunakan
dalam respirasi sel oleh sel
Ribosom ribosom • Granul kecil yang padat dan • Merupakan tapak sintesis
berbentuk sfera protein
• Terdiri daripada protein dan asid • Protein yang disintesis
ribonukleik (RNA) dirembes keluar dalam bentuk
• Ribosom terdapat pada permukaan enzim atau hormon
jalinan endoplasma kasar atau
wujud bebas dalam sitoplasma
2.1.3 2.1.4 25