Page 30 - buku teks f4 kssm
P. 30

2.2                  Proses Hidup Organisma




                                   Unisel


                                   Organisma unisel ialah organisma yang terdiri daripada satu sel
                                   sahaja. Namun begitu, sel ini merupakan unit hidup lengkap sama
                                   seperti organisma multisel. Organisma unisel boleh menjalankan
                                   semua proses hidup: respirasi, pergerakan, pemakanan, gerak balas
                                   terhadap rangsangan, pembiakan, pertumbuhan dan perkumuhan.
                                                     vakuol makanan
 pseudopodium     TMK 2.1          Protozoa ialah organisma unisel yang paling ringkas. Contoh protozoa
                                   ialah Amoeba sp. dan Paramecium sp. Mari kita melihat proses hidup
                Aktiviti: Mengkaji
                 proses hidup      Amoeba sp. dan Paramecium sp.
                organisma unisel

                                                               BERGERAK BALAS  TERHADAP
                          PERGERAKAN
                                                                       RANGSANGAN
            • Amoeba sp. sentiasa berubah bentuk           Amoeba sp. dan Paramecium sp. bergerak
                                                           endoplasma
              apabila bertemu dengan halangan.             balas terhadap rangsangan seperti
              Amoeba sp. bergerak dengan menjulurkan       bahan kimia, sentuhan atau cahaya terang
              pseudopodium (kaki palsu). Ini diikuti       dengan bergerak menjauhi rangsangan-
                                                           ektoplasma
              oleh pengaliran sitoplasma ke bahagian       rangsangan ini.
              pseudopodium yang dijulurkan.
            • Paramecium sp. bergerak menggunakan              nukleus
                                                                         RESPIRASI
              pukulan silium secara beritma.
                                                           Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida
                                                           membran
                                                           berlaku melalui membran plasma secara
                          PEMAKANAN                        resapan ringkas di seluruh permukaan sel.
            • Amoeba sp. bergerak ke arah makanan          plasma
              dengan menjulurkan pseudopodium untuk       1
              memerangkap zarah makanan bersama      vakuol mengecut
                                                                          zarah makanan
              titisan air (Rajah 2.3).
            • Makanan dan air dibungkus ke dalam                              2            makanan
              satu vakuol makanan yang bergabung
              dengan lisosom.
            • Zarah makanan dihidrolisis oleh enzim lisozim
              yang dirembes oleh lisosom.
            • Nutrien yang dihasilkan diserap ke
              dalam sitoplasma.                                                         pseudopodium
            • Untuk Paramecium sp., pukulan silium            3
              membantu zarah makanan masuk ke                                           4
              dalam alur mulut. Zarah makanan kemudian                           lisosom
              dicernakan oleh enzim.

                                                                                   makanan
                         PERTUMBUHAN                                               tercerna
                                                                       vakuol makanan
            Ameoba sp. dan Paramecium sp. membesar                                     nutrien diserap
            dengan mensintesis sitoplasma baharu.
                                                                   RAJAH 2.3  Pemakanan dalam Amoeba sp.
            28                                                                          2.2.1  2.2.2
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35