Page 32 - buku teks f4 kssm
P. 32
2.3 Proses Hidup Organisma
Multisel
Terdapat pelbagai jenis sel dalam badan organisma multisel yang
berbeza dari segi saiz, bentuk dan susunan. Struktur sel berhubung
rapat dengan fungsinya dan setiap jenis sel dikhususkan untuk
menjalankan fungsi tertentu sahaja. Gambar foto 2.4 menunjukkan
beberapa jenis sel khusus yang terdapat dalam tumbuhan dan haiwan
serta bagaimana sel-sel tersebut disesuaikan untuk menjalankan fungsi
masing-masing.
SEL OTOT SEL SARAF
• Tersusun dalam • Berbentuk unjuran
bentuk gentian panjang dan halus
multinukleus dan • Berfungsi
berjalur. menghantar impuls
• Mengecut dan
mengendur bagi
menghasilkan pergerakan
SEL DARAH PUTIH SEL EPITELIUM
Boleh berubah Sel yang nipis
bentuk dan berfungsi dan leper serta
memusnahkan melapisi permukaan
patogen organ seperti salur
pencernaan
SEL DARAH MERAH SEL SPERMA
Berbentuk cakera Mempunyai ekor panjang
dwicekung dan untuk membolehkannya
tiada nukleus untuk berenang ke arah ovum di
menambah luas tiub Falopio. Bahagian kepala
permukaan untuk membawa satu set kromosom
mengangkut oksigen yang berasal daripada induk jantan.
GAMBAR FOTO 2.4 Beberapa jenis sel manusia dan tumbuhan yang mengalami
pengkhususan untuk menjalankan fungsi yang berbeza
30 2.3.1