Page 34 - buku teks f4 kssm
P. 34

Dunia Biologi Kita     Organisasi sel dalam manusia
             Kepelbagaian dan      Anda telah mempelajari bahawa organisma multisel (seperti manusia)
             kekompleksan          terdiri daripada pelbagai jenis sel yang mempunyai fungsi-fungsi
             sel memberi           tertentu. Bagaimanakah sel-sel ini disusun untuk membentuk satu
             manfaat kepada        organisma yang kompleks?
             organisma multisel
             kerana menjamin       Dalam organisma multisel, sel-sel yang sama jenis yang menjalankan
             kemandirian.          fungsi yang sama diorganisasikan menjadi tisu. Tisu ialah sekumpulan
                                   sel yang mempunyai struktur dan fungsi yang sama, yang disusun
            Inovasi Malaysia       bersama untuk melaksanakan suatu fungsi yang khusus. Dalam badan

             Kolagen berperanan    haiwan, tisu boleh diklasifikasikan kepada empat jenis yang berlainan
             memberikan            iaitu: tisu epitelium, tisu otot, tisu penghubung dan tisu saraf.
             kekuatan dan          Tisu epitelium
             kekenyalan pada
             kulit dan dalam       Tisu epitelium melapisi permukaan luar (kulit, ruang hidung dan
             industri komestik.    ruang mulut) dan permukaan berongga di dalam badan (rongga salur
             Oleh kerana isu       pencernaan dan peparu) (Rajah 2.4). Struktur tisu epitelium diadaptasi
             halal menjadi satu
             persoalan dalam       berdasarkan fungsinya. Misalnya, tisu
             penghasilan kolagen   epitelium pada kulit melindungi
             yang ada di pasaran,   daripada jangkitan, kecederaan,
             kumpulan penyelidik   bahan kimia dan pendehidratan.
             dari Fakulti Sains    Tisu epitelium yang melapisi
             dan Teknologi
             Makanan, Universiti   trakea mempunyai unjuran
             Putra Malaysia        seperti rambut yang dikenali
             (UPM) telah berjaya    sebagai silia.
             menghasilkan
             kolagen daripada kulit
             ikan tilapia.         RAJAH 2.4 Jenis- jenis tisu epitelium
                                         dalam vertebrata





           Tisu epitelium
           melapisi
           permukaan peparu,
           rongga badan dan
           salur darah







           Tisu epitelium
           melapisi tubul,
           kelenjar dan duktus
           ginjal




            32                                                                          2.3.1  2.3.2
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39