Page 12 - DSKP KSSR SAINS TAHUN 6
P. 12

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika                                 Tunjang Keterampilan Diri


               Tunjang  Perkembangan  Fizikal  dan  Estetika  memberi  pene-             Tunjang  Keterampilan  diri  memberi  penekanan  kepada

               kanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan    untuk                  pemupukan  kepimpinan  dan  sahsiah  diri  melalui  aktiviti
               kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi,    kreativiti,           kurikulum     dan    kokurikulum.     Murid     diberi   peluang

               bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek                menyepadukan  pengetahuan,  kemahiran  dan  nilai  yang

               fizikal  ialah  Pendidikan  Jasmani  dan  Pendidikan  Kesihatan.          dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan
               Kreativiti,  bakat  dan  apresiasi  dipupuk  melalui  Pendidikan          kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti

               Seni Visual dan Pendidikan Muzik.                                         persatuan,  badan  beruniform  dan  sukan  memberi  peluang
                                                                                         kepada  murid  meningkatkan  potensi  diri  sebagai  pemimpin

                                                                                         kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

               Tunjang Kemanusiaan


               Tunjang      Kemanusiaan       memberi     penekanan       kepada                 Tunjang Sains dan Teknologi
               penguasaan ilmu dan    amalan tentang kemasyarakatan dan

               alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan               Tunjang  Sains  dan  Teknologi  memberi  penekanan  kepada
               semangat  patriotisme  dan  perpaduan.  Disiplin  ilmu  yang              penguasaan:

               terdapat  dalam  Tunjang  Kemanusiaan  ialah  Sejarah  yang                   pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

               diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.                                    pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
                                                                                             pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi



                                                                                     3
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17