Page 34 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 34

“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “


                          2.3  Guru  yang  tidak  dapat  hadir  atau  terpaksa  datang  lewat
                               hendaklah  memberikan  kenyataan  dan  sebab-sebab  yang
                               wajar.  Guru mesti memberitahu pihak sekolah  secepat mungkin
                               supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.

                          2.4  Semua  urusan  peribadi  guru  hendaklah  dibuat  di  luar  waktu
                               sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

                          2.5  Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum,
                               bengkel,  mesyuarat  dan  pelbagai  program  akademik  di  luar
                               masa yang ditetapkan.


                   3.     KELUAR WAKTU MENGAJAR

                          3.1  Guru  tidak  dibenar  meninggalkan  kawasan  sekolah  atau  bilik
                               darjah  dalam  masa  waktu  mengajar  kecuali  jika  ada  sesuatu
                               perkara  yang  tidak  dapat  dielakkan  atau  arahan  Jabatan
                               Pelajaran Negeri/ Daerah dengan syarat mendapat kebenaran
                               daripada Guru Besar/Penolong Kanan.

                          3.2  Guru  dikehendaki  mengisi  dan  menulis  di  dalam  Buku  Rekod
                               Pergerakan  Guru.    Dapatkan  kebenaran  Guru  Besar/Penolong
                               Kanan sebelum keluar.

                          3.3  Sebelum  meninggalkan  sekolah,  guru  diminta  meninggalkan
                               kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan.


                   4.     CUTI

                          4.1  Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian
                               Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru
                               berkelayakan       mendapat        cuti    penggal      sekolah     untuk
                               menggantikan cuti rehat.  TETAPI guru boleh dipanggil bertugas
                               oleh  Guru  Besar  tidak  melebihi  sepertiga  daripada  jumlah  cuti
                               sesuatu  tahun  untuk  menjalankan  tugas-tugas  seharian
                               daripada tugas mengajar.

                          4.2  Cuti  Sakit  –  Sijil  cuti  sakit  yang  dikeluarkan  oleh  doktor  swasta
                               yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh
                               Pegawai Perubatan Kerajaan.

                          4.3  Cuti  Tanpa  Gaji  –  boleh  dipohon  di  atas  sebab-sebab
                               persendirian yang mustahak.  Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30




                                                              32
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39