Page 27 - Buku Panduan Pelajar 2021-2022_07.10.2021_full w cover_Neat
P. 27
[BUKU PANDUAN PELAJAR/ STUDENT HANDBOOK] 2021/2022
3. PENGAJIAN AKADEMIK
3.1 Struktur Program
Program akademik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan memperkenalkan dan menerapkan beberapa
bidang tertentu dalam sains sosial dan kemanusiaan secara bersepadu dan antar–disiplin. Ia bertujuan
untuk menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai perspektif sains sosial dan kemanusiaan kepada para
pelajar supaya bidang ilmu tersebut dapat digunakan dalam membimbing dan merancang perkembangan
masyarakat terutamanya dalam konteks perkembangan pesat industri yang sedang dialami oleh negara
sekarang. Setiap program mengandungi minima 120 kredit sebagai kelayakan bergraduat yang
dibahagikan kepada lima komponen utama iaitu:
a. Kursus Teras Fakulti dan Program
Kursus yang mengandungi pengetahuan yang luas, komprehensif dan mendalam dalam disiplin atau
bidang pengkhususan pelajar. Penekanan juga diberi kepada aspek teknologi dan pengurusan.
b. Kursus Pembangunan Generik Universiti
Membantu pelajar membangunkan nilai dan akhlak positif bagi memperolehi kemahiran yang
berguna termasuk teknologi maklumat dan pengurusan. Kursus generik juga bertujuan memupuk
sifat positif di samping kemahiran menguruskan diri. Selain itu, pelajar dikehendaki mahir
berkomunikasi dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
c. Kursus Elektif Universiti
Menawarkan peluang kepada pelajar untuk memilih kursus-kursus lain yang diminati selain
daripada bidang pengkhususan.
d. Kursus Matapelajaran Umum
Matapelajaran Umum adalah kursus wajib universiti yang perlu diambil bagi tujuan pengijazahan.
Kursus-kursus dibawah kategori MPU dilihat mampu untuk melahirkan graduan yang holistik,
menghayati nilai-nilai patriotisma dan jati diri beracuan Malaysia serta menguasai kemahiran
insaniah kearah memenuhi kebolehpasaran kerja. Kod kursus dibawah kategori ini bermula dengan
‘MPU’.
e. Kursus Pra-Syarat
Kursus pra-syarat adalah kursus yang mesti diambil oleh pelajar dan lulus sebelum mengambil
kursus seterusnya yang telah ditentukan. Contoh: SSF2014 Kursus Projek Tahun Akhir 1 (PTA 1)
dan Projek Tahun Akhir II (PTA II).
3.2 Sistem Semester
Sistem pengajian di UNIMAS adalah berdasarkan sistem semester di mana setiap tahun pengajian
dibahagikan kepada tiga semester:
Semester 1 : 17 minggu
Semester 2 : 17 minggu
Antarsesi : 8 minggu
3.3 Pendaftaran Kursus
Pelajar mesti dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendaftar kursus yang diambil pada setiap
semester pada tarikh dan tempoh yang ditetapkan oleh Bahagian Pengajian Prasiswazah (BPPs).
~ 24 ~

