Page 32 - Buku Panduan Pelajar 2021-2022_07.10.2021_full w cover_Neat
P. 32
[BUKU PANDUAN PELAJAR/ STUDENT HANDBOOK] 2021/2022
b. Antropologi dan Sosiologi (UW6312001)
Konsep dan Rasional
Program Antropologi dan Sosiologi menawarkan ilmu asas teori bagi mengembangkan keupayaan
analitikal pelajar untuk berfikir dan mentafsir masyarakat dan isu di dalam persekitaran sosial.
Program ini menyediakan pelajar ilmu pengetahuan yang menyeluruh di dalam tema yang berkaitan
dengan alam sekitar, budaya, jenayah, golongan belia, masyarakat pribumi dan globalisasi. Program
ini juga merupakan teras kepada Kajian Borneo yang diterapkan di dalam pengajaran dan
penyelidikan melalui penelitian sumbangan antropologi dan sosiologi dalam merungkai ilmu yang
mendasari masyarakat Borneo dan transformasi sosial. Sehubungan itu, program ini mendukung
persoalan ilmiah bagi membuat penilaian secara kritis akan tantangan serta kontradiksi dan kesan
rasionalisasi kapitalis yang menaungi masyarakat kontemporer.
Objektif Pendidikan Program
i. Mempamerkan kemahiran untuk menerangkan dan menganalisa realiti sosial
menggunakan kaedah epistemologi dan ontologi dalam bidang sains sosial dan
kemanusiaan.
ii. Mengaplikasikan kemahiran praktikal seperti teknik digital dan numerasi dalam
penyelidikan isu-isu sosio-budaya kontemporari.
iii. Mempamerkan kemahiran peribadi dan keusahawanan dengan kepekaan dan rasa hormat
terhadap kepelbagaian budaya dalam mempromosikan masyarakat yang adil dan inklusif.
iv. Mempamerkan nilai kepimpinan, autonomi, tanggungjawab dan etika dalam kerjasama
dengan klien, rakan kongsi dan pemegang taruh dalam pembangunan komuniti.
Hasil Pembelajaran Program
i. Menghurai, membeza dan menilai prinsip dan konsep antropologi dan sosiologi.
ii. Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan empati dalam membuat interpretasi dan
mencadang penyelesaian kepada isu-isu yang mempunyai kesan mendalam terhadap
masyarakat.
iii. Menyedia, mentafsir dan menganalisa data antropologi dan sosiologi yang dikumpul
semasa kerjalapangan.
iv. Mematuhi nilai bekerjasama dalam kumpulan dan kolaborasi untuk mencapai sasaran
secara kolektif.
v. Mempamer kemahiran dalam menyampaikan idea dan penyelesaian untuk menghadapi isu
dalam masyarakat.
vi. Mengaplikasi kemahiran digital untuk memahami isu global dan cabaran tempatan yang
sentiasa berubah.
vii. Membina kemahiran profesional dan pemikiran analitikal dengan mengaplikasikan teknik
numerasi dalam menyelesaikan isu masyarakat kontemporari.
viii. Membina kemahiran kepimpinan, autonomi, dan tanggungjawab melalui komunikasi yang
berkesan dengan rakan sekerja, komuniti dan pemegang taruh.
ix. Mempamer kemahiran peribadi dan insaniah melalui kerjasama dalam kumpulan dalam
merealisasikan kepelbagaian budaya, pemikiran dan pendapat.
x. Mempamer kecekapan keusahawanan seperti kemahiran mengurus dan strategi
pembelajaran berterusan yang boleh digunakan untuk membangunkan komuniti yang
mampan dari segi ekonomi dan budaya.
xi. Mempamer kesedaran etika dan integriti profesional dalam merancang program dan
aktiviti yang mengambil kira suara dan perspektif komuniti.
––
~ 29 ~

