Page 30 - Buku Panduan Pelajar 2021-2022_07.10.2021_full w cover_Neat
P. 30

[BUKU PANDUAN PELAJAR/ STUDENT HANDBOOK]         2021/2022

                       4.3   Program Pengajian

                            a.  Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan (UW6347001)

                                Konsep dan Rasional

                                Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan memperkenalkan isu-isu pengajian dan penyelidikan
                                berkaitan globalisasi pengeluaran dan pembahagian kerja antarabangsa.  Ia meliputi perubahan proses
                                kerja serta implikasinya ke atas kehidupan keluarga dan masyarakat.  Ia juga menyentuh soal negara
                                dan proses hubungan di antara pihak pekerja, majikan dengan kerajaan dan undang-undang tertentu
                                yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.  Pengkhususan pengajian ini juga merangkumi isu-isu baharu
                                dalam pembangunan, perancangan dan pengurusan sumber manusia serta beberapa aspek penting
                                dalam penyelidikan.

                                Objektif Pendidikan Program

                                Program Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan berusaha untuk melahirkan:

                                  i.   Pegawai hubungan perusahaan yang berpengetahuan serta kompeten dan bertindak sebagai
                                       orang tengah antara pengurusan dan majikan di tempat kerja.
                                  ii.   Pengurus hubungan industri yang berkebolehan membangunkan dan menasihati berkenaan
                                       dengan terma  dan syarat pekerjaan selaras dengan  perundangan hubungan industri dan
                                       pekerjaan.
                                 iii.   Pemimpin yang berkelayakan serta bertanggungjawab untuk menguruskan bakat dan modal
                                       insan dalam organisasi dengan menggunakan / mengaplikasikan kemahiran interpersonal dan
                                       digital.
                                 iv.   Profesional yang fleksibel yang mahir dalam berkomunikasi dan mempamerkan kemahiran
                                       keusahawanan dalam menguruskan organisasi dan bidang usaha.


                                Hasil Pembelajaran Program

                                Setelah pelajar-pelajar bergraduat dari program ini, mereka dapat:

                                  i.   Memiliki pengetahuan dan pemahaman asas mengenai hubungan industri dan perburuhan.
                                  ii.   Menggunakan kemahiran analitis dan kritis untuk menangani serta menyelesaikan masalah
                                       di tempat kerja.
                                 iii.   Mendiagnosis masalah dan isu yang berkaitan dengan tempat kerja.
                                 iv.   Berinteraksi dengan semua pihak di setiap peringkat dalam organisasi dan mengemukakan
                                       idea dalam pelbagai forum dan persekitaran.
                                  v.   Berkomunikasi secara berkesan dengan pemegang taruh untuk kejayaan organisasi.
                                 vi.   Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan digital untuk kemajuan dan operasi
                                       organisasi.
                                 vii.   Menguruskan maklumat kualitatif dan numerik untuk meningkatkan prestasi tugas dalam
                                       organisasi serta kewajiban dan tanggungjawab organisasi.
                                viii.   Mempamerkan ciri kepimpinan dengan mempengaruhi, mendelegasikan dan mengurus
                                       individu ke arah mencapai matlamat organisasi.
                                 ix.   Menggunapakai kemahiran kendiri termasuk pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan
                                       kemahiran perundingan dalam tugasan harian.
                                  x.   Menggunakan kemahiran keusahawanan dengan menggunakan sumber dan peluang dalam
                                       bidang usaha.
                                 xi.   Melaksanakan prinsip profesionalisme konsisten dengan etika, nilai dan norma ekosistem
                                       hubungan industri dan perburuhan.














                                                             ~ 27 ~
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35