Page 40 - Buku Panduan Pelajar 2021-2022_07.10.2021_full w cover_Neat
P. 40

[BUKU PANDUAN PELAJAR/ STUDENT HANDBOOK]         2021/2022

                     f.  Kajian Khidmat Sosial (UW6762001)

                        Konsep dan Rasional

                        Urbanisasi, perubahan corak  keluarga,  kekurangan jaringan sokongan tradisi dan  kemunculan  pelbagai
                        masalah sosial beberapa dekad yang lalu telah memperkenalkan relevannya amalan kerja sosial profesional
                        di Malaysia. Matlamat utama kerja sosial adalah kepada perubahan dengan meningkatkan kesejahteraan
                        manusia dan mempromosikan keadilan sosial serta pembangunan sosial.  Kursus-kursus yang ditawarkan
                        bermatlamat untuk menyedia dan memperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan mengenai interaksi
                        manusia dengan masyarakat, teori dan kemahiran dalam kerja sosial bagi membolehkan mereka memainkan
                        peranan yang cekap dalam membantu dan bekerja bersama dengan individu, kumpulan dan komuniti serta
                        pembentukan dasar sosial. Pengajian ini juga pada dasarnya memerlukan pengetahuan merentasi pelbagai
                        disiplin sains sosial dan sains perlakuan seperti perancangan dan pengurusan, kemahiran komunikasi dan
                        interpersonal.

                        Objektif Pendidikan Program

                        Program ini seharusnya menghasilkan graduan yang:

                           i.   kompeten dan berpengetahuan dalam amalan kerja sosial di peringkat tempatan, kebangsaan dan
                                antarabangsa,
                          ii.   dapat memahami dan melaksanakan tugasan secara komprehensif yang berkaitan dengan isu, dasar
                                dan  perkhidmatan sosial dengan menggunakan / mengaplikasikan kemahiran analisis  numerik,
                                digital dan grafik sepanjang proses intervensi,
                          iii.   mahir dalam berkomunikasi  secara berkesan dengan menggunakan nilai kerja sosial dan etika
                                dengan klien dan komuniti lain dalam bidang kerja sosial sama ada sebagai kerja berpasukan atau
                                pemimpin, dan
                          iv.   mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan mengiktiraf keperluan pembelajaran sepanjang
                                hayat untuk kemajuan kerjaya.

                        Hasil Pembelajaran Program

                        Setelah pelajar-pelajar bergraduat dari program ini, mereka dapat:

                         i.   mengintegrasikan pengetahuan, nilai dan kemahiran yang maju dan komprehesif dalam amalan kerja
                              sosial,
                         ii.   menerapkan etika teras kerja sosial dan bertindak secara profesional dengan penekanan khusus kepada
                              keadilan sosial, kesaksamaan dan hak asasi manusia,
                        iii.   menilai isu-isu yang tidak dapat diramalkan secara kritikal dan analitikal dengan cara yang kreatif dan
                              inovatif,
                        iv.   melakukan pelbagai intervensi termasuk menilai, merancang, memantau, melaksana dan menyelia
                              dalam amalan kerja sosial,
                         v.   bekerjasama dengan  pelbagai kumpulan  klien, komuniti,  antara dan dalam agensi tempatan dan
                              antarabangsa,
                        vi.   mempamerkan idea menggunakan teknik yang sesuai dan pelbagai pembentangan, dengan yakin, tepat
                              dan tersusun untuk pelbagai kumpulan,
                        vii.   menggunakan pelbagai aplikasi maklumat dan teknologi untuk meningkatkan intervensi kerja sosial,
                       viii.   membangunkan pengetahuan dan mengaplikasikan data berangka dan grafik / visual untuk kemajuan
                              kerjaya semasa dan masa hadapan,
                        ix.   menunjukkan sifat dan kualiti kepimpinan dalam proses membuat keputusan dalam parameter yang
                              lebih luas,
                         x.   melibatkan  diri  dalam  refleksi  kritikal  pelbagai  bidang  topik  untuk  pembangunan  kemahiran
                              professional, dan
                        xi.   menjalankan kemahiran keusahawanan dalam pelbagai bidang di peringkat tempatan, nasional dan
                              antarabangsa.









                                                             ~ 37 ~
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45