Page 38 - Buku Panduan Pelajar 2021-2022_07.10.2021_full w cover_Neat
P. 38
[BUKU PANDUAN PELAJAR/ STUDENT HANDBOOK] 2021/2022
e. Perancangan dan Pengurusan Pembangunan (UW6345001)
Konsep dan Rasional
Malaysia kini mengalami transformasi sosio-ekonomi yang pesat dan sedang giat menuju ke arah pencapaian
status negara industri sepenuhnya pada tahun 2020. Dalam konteks ini, pembangunan sumber-sumber manusia
yang mahir dan tenaga kerja yang berdisiplin adalah diperlukan untuk merealisasikan wawasan ini. Pendekatan
dan skop Program Perancangan dan Pengurusan Pembangunan ini berbentuk pelbagai disiplin dari segi
pendekatan dan skop. Bidang kajiannya termasuklah ekonomi, antropologi, sosiologi dan alam persekitaran.
Kesemua dimensi ini akan menyediakan kerangka yang penting untuk menganalisa isu-isu semasa dalam
pembangunan dan ia juga boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam merancang dan mengurus projek.
Program ini dirangka untuk melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan teknik yang terkini dalam
perancangan dan pengurusan pembangunan. Aspek yang penting dalam kurikulum program ini ialah
penerapan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi perkomputeran untuk tujuan perancangan,
pelaksanaan dan penilaian dalam projek khususnya untuk tujuan pembangunan. Kursus–kursus yang
ditawarkan oleh pihak program dirangka untuk mempersiapkan pelajar dengan ilmu sains sosial dan
kemanusiaan khususnya ilmu perancangan dan pengurusan pembangunan. Kemahiran hidup serta kemahiran
yang diperlukan di dunia pekerjaan turut diterapkan dalam program ini melalui kursus-kursus generik dan
pelengkap yang wajib diambil oleh setiap pelajar.
Objektif Pendidikan Program
i. Berpengetahuan dan kompeten dalam bidang kajian pembangunan.
ii. Menguasai kemahiran teknikal dan interpersonal serta menunjukkan keupayaan untuk menganalisis
secara kritikal terhadap isu yang berkaitan dengan pembangunan, persekitaran dan masyarakat.
iii. Mampu mengaplikasikan kemahiran fungsional dalam bertutur, mendengar, berkomunikasi,
membaca dan menulis dengan penggunaan ICT dalam bidang kajian pembangunan.
iv. Mampu mempamerkan kemahiran keusahawanan, ciri-ciri kepemimpinan melalui komunikasi dan
bekerja secara beretika dengan rakan sebaya dan pihak berkepentingan.
Hasil Pembelajaran Program
Setelah pelajar-pelajar bergraduat dari program ini, mereka dapat:
i. Menguasai ilmu dan pengetahuan dalam bidang perancangan dan pengurusan pembangunan.
ii. Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan
pembuatan keputusan.
iii. Menunjukkan kemahiran teknikal termasuk penggunaan teknologi dalam bidang kajian
pembangunan.
iv. Mempamerkan kemahiran interpersonal untuk terlibat dengan lebih berkesan kepada masyarakat.
v. Menunjukkan komunikasi dan interaksi yang efektif terhadap rakan sebaya dan pihak
berkepentingan.
vi. Menunjukkan kemahiran dalam teknologi maklumat yang berkaitan dengan kajian pembangunan
serta menyampaikan maklumat secara berkesan.
vii. Mengaplikasi alatan statistik dalam penganalisaan data.
viii. Mengamalkan sifat kepimpinan dan tanggungjawab dalam bidang kajian pembangunan.
ix. Mempamerkan keupayaan untuk mengurus maklumat dan terlibat dalam penyampaian pengetahuan
secara berterusan.
x. Mengintegrasikan kemahiran merancang, mengurus, menilai projek serta meneroka peluang dalam
bidang keusahawanan.
xi. Mempamerkan profesionalisme dan beretika dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
~ 35 ~

