Page 36 - Buku Panduan Pelajar 2021-2022_07.10.2021_full w cover_Neat
P. 36

[BUKU PANDUAN PELAJAR/ STUDENT HANDBOOK]         2021/2022



                     d.  Kajian Politik dan Pemerintahan (UW6313002)

                        Konsep dan Rasional

                        Kajian Politik dan Pemerintahan, pada asasnya, menawarkan pengajian dalam bidang sains politik yang bersifat
                        menyeluruh dan praktikal. Oleh kerana sains politik merupakan bidang ilmu yang amat luas skop kajiannya
                        maka program Politik dan Pemerintahan menawarkan kursus-kursus yang dapat mendedahkan pelajar kepada
                        pelbagai sub-bidang  yang terdapat dalam sains politik. Sub-bidang  yang dimaksudkan  ini ialah ekonomi
                        politik, polisi awam, teori politik, politik Malaysia, pemerintahan dan politik bandingan.

                        Objektif Pendidikan Program

                         i.   Berpengetahuan, cekap dan beretika dalam bidang politik dan pemerintahan.
                         ii.   Kompeten dalam kemahiran teknikal dan interpersonal dan dapat menganalisis isu-isu yang berkaitan
                              dengan politik dan pemerintahan secara kritis.
                        iii.   Mampu mengaplikasikan kemahiran berfungsi dalam bertutur, mendengar, berkomunikasi, membaca
                              dan menulis dengan penggunaan ICT dalam bidang politik dan pemerintahan.
                        iv.   Mampu  menunjukkan  kemahiran keusahawanan, ciri kepemimpinan melalui  berkomunikasi dan
                              bekerjasama dengan rakan sebaya dan pihak berkepentingan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

                        Hasil Pembelajaran Program

                        Setelah pelajar-pelajar bergraduat dari program ini, mereka dapat:

                         i.   Menjelaskan teori dan konsep dalam bidang sains politik dan pengajian pentadbiran.
                         ii.   Menganalisis persoalan-persoalan dan isu-isu politik semasa secara kritis.
                        iii.   Mengaplikasikan kemahiran, menjalankan  penyelidikan  dan seterusnya menghasilkan penulisan
                              ilmiah yang berkaitan dengan bidang sains politik dan pengajian pentadbiran.
                        iv.   Mempamerkan keprihatinan dan kepekaan terhadap masyarakat dan keperluan mereka.
                         v.   Menyampaikan idea-idea  dengan jelas dan meyakinkan sama ada secara individu  atau dalam
                              persekitaran berkumpulan.
                        vi.   Mengubah penyampaian perkhidmatan berdasarkan kewibawaan digital.
                        vii.   Melengkapi pelajar dengan dimensi matematik untuk analisis politik.
                       viii.   Mempamerkan kepimpinan yang kompeten dalam persekitaran organisasi yang dinamik.
                        ix.   Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan teori dalam perkembangan peribadi dan kemahiran hidup.
                         x.   Mempamerkan kelayakan keusahawanan dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan
                              menyelesaikan masalah.
                        xi.   Mengamalkan tadbir urus yang baik.































                                                             ~ 33 ~
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41