Page 5 - Buku Panduan Pelajar 2021-2022_07.10.2021_full w cover_Neat
P. 5
[BUKU PANDUAN PELAJAR/ STUDENT HANDBOOK] 2021/2022
KATA ALUAN DEKAN
Selamat Datang ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Anda merupakan salah seorang antara beribu-ribu pelajar yang
bertuah diberikan tempat untuk terus menggali ilmu di salah sebuah
universiti yang terbaik. Selamat Datang diucapkan kepada anda
mewakili semua staf dan tenaga kerja di Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan (FSSK). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
merupakan antara fakulti terawal ditubuhkan di UNIMAS.
FSSK menawarkan kepada para pelajar ilmu, pengetahuan dan
pengalaman melalui pelbagai kursus dan program yang berteraskan
ilmu sains sosial dan kemanusiaan. Suasana pembelajaran
mempunyai persekitaran penyelidikan dan pembelajaran yang
kondusif, selaras dengan misi Fakulti untuk membentuk satu tahap
pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang unggul dalam
bidang sains sosial dan kemanusiaan, menanam sifat berusaha
mencapai kecemerlangan dan integriti dalam kesarjanaan dan
penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan dan menyumbang
kepada pembangunan masyarakat dan negara dalam konteks
keintelektualan.
FSSK menawarkan kursus dan program pengajian bagi memenuhi cita-cita anda serta sentiasa
disesuaikan dengan kehendak persekitaran pasaran kerja.
Kita berusaha mempersiapkan mahasiswa mencapai objektif pengajian melalui kurikulum yang terkini
dengan memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan antardisiplin.
Bagi tujuan ini, para akademik dan mahasiswa di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan digalakkan
terlibat dalam penyelidikan merentas disiplin dan menanam sifat cendekiawan melalui jaringan
hubungan dengan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Sebagai salah seorang ahli keluarga
FSSK yang besar, anda pasti berbangga dengan pencapaian para penyelidik di Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Keluasan penyelidikan menggambarkan bukan sahaja kecemerlangan dalam disiplin
mereka tetapi juga keupayaan untuk memberikan jawapan kepada persoalan dan isu-isu yang melampaui
sempadan disiplin.
Buku panduan ini menyediakan maklumat penting berkaitan program pengajian yang anda pilih
dan diharapkan dapat menjadi panduan dan pembimbing untuk membantu mencapai keberhasilan dalam
pembelajaran anda. Pemahaman terutama berkaitan dengan struktur kurikulum pengajian pilihan anda
dan menggunapakai semua peraturan yang disediakan kerana ini akan menentukan perkembangan dan
hala tuju pengajian anda sepanjang berada di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Kami beriltizam untuk memberikan anda suasana pengajaran dan pembelajaran kondusif
seperti yang anda harapkan. Jika anda merasakan apa yang kami berikan tidak mencapai keperluan, sila
kongsikan idea, pemikiran dan perasaan anda dengan kami supaya kita dapat menjadikan Fakulti ini satu
komuniti akademik (civitas akademika) yang terbaik.
Dr Mohamad Suhaidi bin Salleh
Dekan
~ 2 ~

