Page 6 - Buku Panduan Pelajar 2021-2022_07.10.2021_full w cover_Neat
P. 6

[BUKU PANDUAN PELAJAR/ STUDENT HANDBOOK]        2021/2022


               1.      UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

                       1.1   Sejarah

                            Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) secara rasminya ditubuhkan pada 24 Disember 1992.
                            Bermula  dengan kira-kira 30 staf akademik, UNIMAS membuka pintunya kepada kumpulan
                            pertama 118 pelajar pada 5 Ogos 1993. Para pelajar telah didaftarkan di dalam dua fakulti perintis,
                            Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Dua pusat sokongan akademik telah
                            juga ditubuhkan: Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia, dan Pusat Khidmat Maklumat
                            Akademik.
                            Pada tahun berikutnya (1994) empat lagi fakulti membuka pintu mereka untuk kursus ijazah:
                            Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif,  Fakulti
                            Kejuruteraan dan Fakulti Teknologi Maklumat. Sementara itu, profil UNIMAS mula meningkat
                            kerana  kebanyakan fakulti mula menawarkan program siswazah.  Aktiviti penyelidikan mula
                            berakar umbi dengan  penubuhan  Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar, yang
                            memberi tumpuan kepada kepelbagaian flora dan fauna di Borneo.  Dua lagi fakulti, Fakulti
                            Perubatan dan Sains Kesihatan (1995) dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (1996) telah mula
                            mengambil kelompok perintis pelajar masing-masing. Ini mejadikan jumlah fakulti kepada lapan,
                            seperti yang asalnya  dirancang. Pusat Pengajian Bahasa & Komunikasi mula menawarkan
                            program TESL, sebagai tambahan kepada kursus-kursus bahasa generik. Institut Kesihatan dan
                            Perubatan Komuniti, dan Institut Teknologi Perisian ditambah ke senarai institut penyelidikan.

                            Tahun bersejarah tahun 1997 menyaksikan kumpulan perintis graduan menerima ijazah mereka
                            pada majlis konvokesyen sulung Universiti. Pada tahun ini juga Institut Pengajian Asia Timur
                            ditubuhkan.

                       1.2   Visi dan Misi

                            Visi – Universiti global peneraju kelestarian masa hadapan

                            Misi – Untuk meningkatkan impak sosial dan ekonomi komuniti global melalui kecemerlangan
                            dalam pengajaran, penyelidikan dan penglibatan strategik.


                   2.  FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

                       2.1   Sejarah

                            Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan merupakan salah  satu daripada  dua fakulti yang  mula
                            menawarkan program pengajian prasiswazah pada awal penubuhan UNIMAS pada 5 Ogos 1993.
                            Mula beroperasi di Sekolah Latihan Telekom, Semariang, Kuching, Fakulti Sains Sosial
                            kemudiannya berpindah ke kampus sementara di Kota Samarahan pada 2 Oktober 1993.  Bertapak
                            selama 18 tahun  di kampus sementara, akhirnya pada Julai 2011, Fakulti Sains Sosial dan
                            Kemanusiaan secara  rasminya beroperasi di Kampus Barat, UNIMAS dan terus  mengorak
                            langkah menjadi salah satu daripada lapan (8) fakulti universiti yang menjadi pilihan golongan
                            pelajar dan akademik.

                            Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan menawarkan enam (6) program pengajian prasiswazah iaitu
                            Program Kajian Khidmat Sosial, Program Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan, Program
                            Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Program Kajian Antarabangsa, Program Politik dan
                            Pemerintahan dan Program Antropologi dan Sosiologi. Dengan tradisi pengajaran yang mantap,
                            program-program tersebut  menawarkan  gabungan pengetahuan teori dan pengalaman secara
                            praktikal bagi memastikan mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mampu menghadapi
                            cabaran global sebagai graduan yang terlatih dalam pelbagai bidang ilmu pengajian sains sosial
                            dan kemanusiaan.

                            Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan  turut  memberi perhatian kepada penyelidikan yang
                            berkaitan dengan pengajian Borneo.



                                                           ~ 3 ~
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11