Page 7 - Buku Panduan Pelajar 2021-2022_07.10.2021_full w cover_Neat
P. 7
[BUKU PANDUAN PELAJAR/ STUDENT HANDBOOK] 2021/2022
Hari ini, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah mengeluarkan seramai 5,614 orang graduan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dan 128 graduan Ijazah Sarjana dan PhD.
2.2 Misi
a. Membentuk satu tahap pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang unggul dalam bidang
sains sosial dan kemanusiaan
b. Menanam sifat berusaha mencapai kecemerlangan dan integriti dalam kesarjanaan dan
penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan.
c. Menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara dalam konteks keintelektualan.
2.3 Matlamat
Matlamat utama Fakulti adalah untuk:
a. Melatih dan mengeluarkan graduan dalam pelbagai disiplin sains sosial dan kemanusiaan
yang berfikiran kritis dan analitikal serta mempunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).
b. Menawarkan program pascasiswazah dalam bidang tertentu.
c. Mewujudkan persekitaran kondusif untuk penyelidikan dan penerbitan bagi menyokong
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
2.4 Objektif
Untuk mencapai matlamat tersebut, objektif Fakulti adalah:
a. Melatih semua tenaga pengajar akademik ke peringkat doktor falsafah.
b. Menawarkan kursus berkaitan bersifat kontemporer dan aplikasi bagi melahirkan graduan
berkualiti.
c. Bergiat secara aktif dalam penyelidikan dan penerbitan ilmiah.
d. Mewujudkan hubungan kegiatan penyelidikan staf akademik dengan program pascasiswazah.
e. Mewujudkan hubungan intelektual dan penyelidikan dengan institusi pengajian tinggi, badan-
badan kerajaan dan bukan kerajaan sama ada di dalam atau luar negara.
~ 4 ~

